Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.li] | ڤرلي

Definisi : sindiran, ejekan, cemuhan: kata-kata ~ itu kian lama kian terasa menggores hatinya; memerli, memperli 1. menyindir, meng­ejek, mencemuh: kalau isterinya ~ begitu, lebih-lebih lagi mempermainkan soal agama, sudah tentu tapak kaki naik ke mukanya; 2. menyindir seseorang: dia berasa jengkel kerana abangnya ~nya; memperlikan mempersendakan sesuatu: Siti Salina kali ini ~ bahasa Melayu Kurupaya itu; perlian ark perli, sindiran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.li] | ڤرلي

Definisi : ucapan yg dikeluarkan utk mengejek atau utk menyindir; sindiran; ejekan. memerli mengucapkan kata-kata yg menyindir atau yg mengejek: Jangan suka ~ orang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perli (kata nama)
Bersinonim dengan sindiran, ejekan, celaan, cemuhan, cacian, kejian;,
Kata Terbitan : memerli, memperli,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
livestock insuranceinsurans ternakaninsuransTiadaKontrak insurans yang membayar ganti rugi sekali gus sebagaimana tercatat dalam polisi kepada insured di atas kematian ternakan yang dilindungi oleh polisi tersebut akibat perli yang dinyatakan.

Kembali ke atas