Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.lin.du.ngan] | ڤرليندوڠن

Definisi : 1. tempat yg melindungi, tempat berlindung: pd hari hujan, atap itu menjadi ~; 2. perihal (tindakan dsb) melindungi (mis dgn bantuan, pertolongan,dll): pemerintahan Ghassan sentiasa men­dapat ~ kerajaan Rom; industri kecil spt ikan bertin dan barang-barang plastik tidak mendapat ~ tarif; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.lin.du.ngan] | ڤرليندوڠن

Definisi : 1 perbuatan atau hal berlindung. 2 bantuan; pertolongan: Orang-orang kaya patut memberikan ~ kpd orang-orang susah. 3 tempat bersembunyi atau tempat berlindung: Apabila semboyan berbunyi, kami berlari mencari lubang ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Jangan bersandar di batang rengas.

Bermaksud :

Tidak usah mencari perlindungan pada orang besar yang jahat.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
umbrella liability policypolisi liabiliti payunginsuransTiadaPerlindungan tambahan yang pada dasarnya memberi had perlindungan yang tinggi, lebih daripada had polisi-polisi primer dan juga perlindungan liabiliti tambahan biasa. Perlindungan ini tertakluk kepada bendungan swainsurans.
primary coverageperlindungan primerinsuransTiadaPerlindungan insurans yang membayar ganti rugi mulai daripada kerugian ringgit yang pertama, mungkin setelah ditolak deduktibel. Ini berbeza dengan perlindungan lebihan yang membuat pembayaran sehingga perlindungan utama telah digunakan sepenuhnya.
excess insuranceinsurans lebihaninsuransTiadaPerlindungan tambahan kepada perlindungan utama daripada satu atau lebih polisi insurans. Polisi ini tidak membayar faedah kerugian sehingga amaun tuntutan melebihi jumlah tertentu.
lag coverageperlindungan susulaninsuransTiadaPerlindungan berbentuk endorsemen yang dikepilkan pada Polisi Ganggu Niaga yang meluaskan tempoh perlindungan sehingga tempoh perniagaan dibuka semula dan mencapai tahap sebelum perniagaan terganggu.
protection and indemnity riskrisiko indemniti dan perlindunganinsuransTiadaSesetengah risiko sejak dahulu tidak boleh diinsuranskan dalam pasaran insurans marin. Dengan ini, tuan punya kapal telah menubuhkan persatuan kerjasama (kelab) untuk perlindungan risiko tersebut. Perlindungan termasuk belanja pengasingan, liabiliti perlanggaran dan kesan pelanggaran, belanja pembersihan kesan kemusnahan dan liabiliti di bawah kontrak penundaan serta liabiliti terhadap kerosakan kepada kapal lain selain perlanggaran dan sebagainya. Risiko ganti rugi termasuk liabiliti tuan punya kapal terhadap kargo, denda kelewatan, pemindahan atau kesalahan kastam.
asset protectionperlindungan asetTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPerlindungan yang diberikan kepada nilai entiti tertentu seperti pemproses komputer, cakera, rangkaian, atur cara, data dan juga pengguna. Perlindungan ini boleh dilaksanakan melalui penggunaan perkakasan dan perisian keselamatan.
landlord protective liabilityliabiliti perlindungan tuan tanahinsuransTiadaPerlindungan yang disediakan untuk tuan punya harta yang memajakkan keseluruhan premisnya kepada orang lain. Perlindungan ini memberi kuasa penuh kepada pemajak.
additional coverage (insurance)liputan tambahan; pelindungan tambahan (insurans)PelayaranTiadaPerlindungan tambahan kepada perlindungan asal, yang dikenakan juga bayaran premium tambahan.
property damage liability insuranceinsurans liabiliti kerosakan hartainsuransTiadaPerlindungan terhadap liabiliti kerosakan harta pihak lain, termasuk kehilangan penggunaan harta tersebut. Perlindungan ini berbeza dengan liabiliti kecederaan anggota badan pihak lain. Dalam kebanyakan hal, perlindungan ini diunderait bersama dengan perlindungan liabiliti kecederaan anggota badan.
elevator collision coverageperlindungan pelanggaran elevatorinsuransTiadaPerlindungan untuk kerosakan yang disebabkan oleh pelanggaran elevator tanpa mengambil kira kesilapan sebarang pihak. Ini termasuk kerosakan kepada harta persendirian, bangunan dan elevator itu sendiri. Perlindungan liabiliti biasanya diberikan secara automatik oleh polisi Liabiliti Perniagaan.
12345678910...

Kembali ke atas