Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
touchsafe systemsistem sentuh selamatTeknologi MaklumatKeselamatan Komputer1. Sistem perlindungan pemalsuan dokumen yang setiap dokumen asli disertai suatu tanda pengesahan, yang hanya boleh dilihat sekiranya haba dari hembusan nafas dikenakan padanya. Tanda pengesahan ini tidak boleh dipalsu atau disalinkan oleh pencetak biasa. 2. Sistem penyalihan identiti biometri berasaskan cap jari untuk membezakan cap jari sebenar atau cap jari palsu yang mungkin dibenamkan pada jari sintetik.
port-to-port coverageperlindungan pelabuhan ke pelabuhaninsuransTiada1. Jangka masa pelindungan yang diberikan oleh insurans pelayaran dalam polisi marin berbentuk biasa. Bagi barangan, perlindungan berterusan apabila dimuatkan ke atas kapal sehingga dipunggah ke atas pangkalan destinasi atau ke atas kapal pembeli. 2. Bagi insurans kapal, jangka masa perlindungan bermula apabila kapal berlayar sehingga ke pelabuhan yang dituju.
malpractice insuranceinsurans salah amalaninsuransTiadaPolisi insurans bagi seseorang profesional yang memberi perlindungan ke atas: 1. Dakwaan yang timbul akibat kecuaiannya; dan 2. Amaun yang ditetapkan oleh mahkamah ke atas sebarang ganti rugi tertakluk kepada had yang ditetapkan dalam polisi.
overinsuranceinsurans berlebihaninsuransTiada1. Keadaan yang wujud apabila insured telah membeli perlindungan yang lebih daripada nilai tunai sebenar atau kos mengganti sesuatu yang diinsuranskan. 2. Situasi yang melibatkan terlalu banyak perlindungan insurans hingga menggalakkan kewujudan bahaya moral atau morel.
motor insuranceinsurans motorinsuransTiadaPerlindungan insurans kenderaan berenjin seperti: 1. Insurans komprehensif. 2. Liabiliti pihak ketiga, kebakaran dan kecurian. 3. Liabiliti pihak ketiga. 4. Kecederaan anggota atau kematian pihak ketiga.
overlapping insuranceinsurans bertindaninsuransTiada1. Dua polisi/insurer atau lebih memberi perlindungan sama untuk risiko tertentu. 2. lih. insurans serentak.
target riskrisiko sasaraninsuransTiada1. Pemegang atau pemilik polisi yang urus niaganya memerlukan perlindungan insurans yang besar. 2. Risiko yang mempunyai nilai atau had yang tinggi dan juga bahaya yang sukar untuk dilindungi atau diinsuranskan oleh syarikat insurans.
error and omission insuranceinsurans ralat dan ketinggalaninsuransTiada1. Insurans yang membayar ganti rugi kepada insured ke atas sebarang kerugian disebabkan kesilapan atau kealpaan insured sendiri. Contoh: sebuah syarikat insurans membeli perlindungan jenis ini untuk melindungi dirinya terhadap kerugian daripada perkara seperti kegagalan mengeluarkan polisi. 2. Insurans yang melindungi kerugian akibat kegagalan insitusi kewangan untuk mendapatkan perlindungan insurans.
master policypolisi indukinsuransTiada1. Kontrak yang dikeluarkan kepada majikan atau entiti yang dibenarkan oleh undang-undang bagi sesuatu pelan insurans kumpulan. 2. Insurans harta yang dikeluarkan kepada insured untuk membolehkannya mengeluarkan sijil perlindungan bagi melindungi harta orang lain.
superzapsuperzapTeknologi MaklumatKeselamatan Komputer1. Perisian utiliti sumber terbuka yang digunakan melihat kandungan fail dalam bentuk ASCII, EBCDIC atau HEX. 2. Kaedah penggodaman, iaitu pengguna hasad akan menggunakan perisian penyunting HEX untuk mengekstrak kekunci atau nombor siri daripada suatu perisian, ataupun membuat perubahan terlarang terhadap data dalam suatu perisian tanpa perlu melalui ciri perlindungan perisian tersebut.
12

Kembali ke atas