Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.lu.me.mer.lu.kan] | ڤرلو- ممرلوکن

Definisi : saling memerlukan: mereka hidup dlm masyarakat yg ~ antara seorang dgn yg lain; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perlu-memerlukan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
simple majority voting systemsistem pengundian lebih suaraSains PolitikPolitik PerbandinganSistem pengundian yang hanya memerlukan majoriti kecil untuk menentukan kemenangan. Dalam sistem ini, calon yang mendapat majoriti walaupun lebih satu undi akan diisytiharkan sebagai pemenang. Majoriti di sini bermaksud calon tidak semestinya perlu mendapat lebih daripada 50 peratus undi, tetapi undi terbanyak dalam maksud ini melebihi undi yang diperoleh oleh calon-calon lain. Sistem ini pada umumnya diamalkan di negara tanah jajahan British seperti Fiji, India, Malaysia, Nigeria dan Singapura. Dalam sistem ini, negara dibahagikan kepada kawasan pilihan raya dan setiap kawasan akan memilih seorang wakil. Kawasan pilihan raya itu dikenali sebagai ridings di Kanada, district di Amerika Syarikat dan constituencies di Great Britain.
graphical user interface (GUI)antara muka grafik pengguna (GUI)Teknologi MaklumatTiadaAntara muka sesuatu perisian atau aplikasi dalam bentuk ikon, menu atau visual yang perlu diaktifkan dengan menggunakan peranti penuding (contoh tetikus) bagi menjalankan perisian atau aplikasi tersebut. GUI berlawanan dengan antara muka berasaskan aksara yang memerlukan pengguna menaip aksara yang membentuk arahan seperti MS-DOS atau UNIX. Sinonim antara muka visual, GUI.
graphical user interface (GUI)antara muka grafik pengguna (GUI)Teknologi MaklumatTiadaIstilah generik yang merujuk antara muka sesuatu perisian atau aplikasi dalam bentuk ikon, menu atau visual yang perlu diaktifkan dengan menggunakan peranti penuding (contoh tetikus) bagi menjalankan perisian atau aplikasi tersebut. GUI berlawanan dengan antara muka berasas aksara yang memerlukan pengguna menaip aksara yang membentuk arahan seperti MS-DOS atau UNIX. Sinonim antara muka visual.
concurrent powerkuasa serentakSains PolitikPolitik PerbandinganKuasa yang diperoleh secara menyeluruh sebelum sesuatu tindakan dilaksanakan. Kuasa ini penting untuk mengelakkan sesuatu tindakan yang akan dilaksanakan agar tidak meninggalkan kesan negatif kepada masyarakat atau negara. Kuasa jenis ini biasanya dipraktik dalam pentadbiran negara Amerika Syarikat. Contohnya, apabila, presiden mahu melaksanakan sesuatu tindakan yang segera seperti melancarkan serangan atau memerlukan belanjawan tambahan, beliau perlu mendapatkan kuasa serentak daripada kuasa utama kuku besi ketimuran Kongres. Tanpa kuasa tersebut sesuatu tindakan tidak boleh dijalankan.
cold sitetapak sejukTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerTapak sandaran yang mempunyai kelengkapan yang minimum berbanding tapak asal. Tapak ini bukan sahaja tidak mengandungi salinan data dan maklumat sandaran tetapi juga tidak mengandungi perkakasan dan sistem rangkaian yang sedia beroperasi. Hal ini menjadikan kos penyediaan tapak sejuk adalah lebih murah berbanding kos penyediaan tapak panas bagi sesebuah organisasi. Kekurangan kelengkapan dalam tapak sejuk menyebabkan tapak ini memerlukan masa yang agak lama untuk beroperasi pada kapasiti yang sebenar jika berlaku sebarang gangguan pada tapak asal. Kelewatan ini berlaku kerana sesebuah organisasi yang terlibat perlu menyediakan prasarana pengkomputeran seperti perkakasan rangkaian komputer dan pita sandaran. Banding tapak panas.
tonenadaKesusasteraanTiadaPerasaan yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam karyanya. Pengarang akan memilih diksi dan mencipta serta kiasan untuk melahirkan nada yang berbeza seperti nada marah, harmonis, syak wasangka, ironis dan sebagainya. Nada merupakan konsep kritikan sastera yang penting kerana nada mempengaruhi pembacaan sesuatu karya. Nada menunjukkan bahawa kesusasteraan tertulis masih manyamai bentuk ujaran dan memerlukan kehadiran seorang narator dan seorang pendengar. Sintaksis yang dipilih oleh seorang narator biasanya mempengaruhi nada. Bagi penghayatan penuh terhadap sebuah karya sastera, pengkritik perlu mengenal pasti jenis nada yang terdapat dalam teks tersebut. Nada yang sukar untuk dikesan ialah nada ironis. Sekiranya nada ironis dalam sesuatu perenggan teks sastera disalahfahamkan, maka ironis yang dikemukakan pengarang tidak dapat dikesan.

Kembali ke atas