Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.mai.nan] | ڤرماءينن

Definisi : 1. sesuatu yg digunakan utk bermain, sesuatu utk bermain-main sahaja, mainan; 2. perihal bermain, perbuatan ber­main (bola sepak dll): ~ yg paling digemari ialah bola sepak; ~nya kasar; 3. perbuatan yg dilakukan tidak dgn bersungguh-sungguh (utk main-main sahaja); 4. pertunjukan (wayang, sandiwara, dll), pementasan (drama dll): dr bangku sekolah dahulu kau dah mulai cenderung dlm ~ pentas; 5. bp perempuan utk berseronok-seronok sahaja (bukan dijadi­kan isteri): sesudah ditalak oleh suaminya ia menjadi ~ orang sahaja; 6. Id sj barang perhiasan (spt loket yg digantungkan pd kalung dll); 7. sesuatu yg dipermainkan atau dipersendakan: janganlah kamu jadikan agama kamu sbg ejek-ejekan dan ~; ~ puteri Kl cara mengubati penyakit oleh bomoh (me­makai jampi, serapah, alat bunyi-bunyian, dll) dgn jalan bertutur dgn orang yg berada dlm keadaan tidak sedar; hujan panas ~ hari, senang susah ~ hidup prb telah menjadi perkara biasa bahawa hidup manusia itu ada ketikanya senang dan ada ketikanya susah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.mai.nan] | ڤرماءينن

Definisi : 1 apa-apa yg digunakan utk bermain; mainan. 2 perbuatan atau hal bermain; cara bermain: ~ catur patut digalakkan di kalangan anak-anak kita. ~nya sungguh baik. 3 sesuatu yg dilakukan dgn tidak sungguh-sungguh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Sayang serindit punai di Jawa,
     Permainan anak permaisuri;
Pelepah jatuh pucuk ketawa,
     Pangkal juga menahan diri.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Mengadu kucing dengan babi.

Bermaksud :

Bermain ceki dengan bertaruh wang. ceki = sejenis permainan judi Cina.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
game-based learningpembelajaran berasaskan permainanTeknologi Maklumate-PembelajaranPendekatan pembelajaran berasaskan permainan untuk mencapai hasil pembelajaran. Permainan direka bentuk dengan mengimbangkan antara isi pembelajaran dengan aturan permainan. Seterusnya, pentaksiran dilaksanakan terhadap kebolehan pelajar dari segi pengekalan dan pengaplikasian pengetahuan yang dipelajari kepada senario dunia sebenar. Konsep asas permainan seperti ulangan, kegagalan dan usaha pencapaian matlamat permainan menjadikan proses pembelajaran lebih menarik dan menyeronokkan.
digital game based learningpembelajaran berasaskan permainan digitalTeknologi Maklumate-PembelajaranPendekatan pembelajaran yang melibatkan penggunaan komputer dan permainan video khusus untuk mencapai hasil pembelajaran. Permainan digital direka bentuk dengan mengimbangkan antara isi pembelajaran dengan aturan permainan. Seterusnya, pentaksiran dilaksanakan terhadap kebolehan pelajar dari segi pengekalan dan pengaplikasian pengetahuan yang dipelajari kepada senario dunia sebenar.
buff (online gaming)buf (permainan dalam talian)e-SukanTiada1. Kuasa yang diperoleh pemain setelah bertempur dan mematikan sesuatu objek dalam permainan video dalam talian. 2. Kuasa yang ditentukan oleh pencipta permainan video dalam talian untuk meningkatkan kekuatan sesuatu karakter dalam permainan.
nerf (online gaming)nerf (permainan dalam talian)e-SukanTiadaKuasa yang ditentukan oleh pencipta permainan video dalam talian untuk mengurangkan kekuatan sesuatu karakter bagi mencapai keseimbangan dalam permainan.
game tablemeja permainanKesenianHiasan DalamanMeja yang digunakan untuk permainan papan pada abad ke-17. Asalnya, pada permukaan meja ini terdapat jarum tetapi pada abad ke-18, rekaan pada permukaannya telah diubah untuk membolehkan permainan catur atau backgammon dimainkan.
hitboxkotak kenaanKomputerTiadaSejenis kotak dalam bentuk yang tidak terlihat dan digunakan dalam permainan video untuk mengesan perlanggaran masa nyata. Kotak ini biasanya berbentuk segi empat tepat dalam permainan 2D atau kuboid dalam permainan 3D.
play audiometryaudiometri permainanSains KesihatanTiadaTeknik yang menggunakan kaedah permainan untuk menguji ambang pendengaran kanak-kanak.
play group therapyterapi permainan berkelompokPerubatanPsikiatriRawatan berkumpulan yang dilakukan terhadap kanak-kanak yang bermasalah melalui kaedah permainan yang biasa mereka lakukan.
bocciabocciaSukanTiadaPermainan bola yang dimainkan di atas gelanggang yang lebih kecil daripada padang boling. Permainan ini berasal dari Itali.
boulesboulesSukanTiadaPermainan membaling bola secara bergilir-gilir sehampir mungkin dengan bola lebih kecil yang dibaling awal. Permainan ini berasal dari Perancis.
12345678

Kembali ke atas