Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ma.nian] | ڤرمنين

Definisi : (Bio) proses memasukkan mani atau sperma ke dlm faraj atau salur pembiakan haiwan betina; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ma.nian] | ڤرمنين

Definisi : perihal memasukkan mani lelaki (jantan utk haiwan) ke dlm rahim perempuan (betina utk haiwan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata permanian


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
artificial inseminationpermanian beradasPenternakanGenetik dan PembiakbakaanProses mendepositkan semen ke dalam saluran pembiakan betina pada masa tertentu dengan menggunakan peralatan tertentu. Kaedah mendepositkan semen boleh dilakukan secara intravagina, intraserviks atau intrauterus.
artificial insemination technicianjuruteknik permanian beradasVeterinarTiadaIndividu yang bertanggungjawab memasukkan sperma haiwan jantan ke dalam rahim haiwan betina menggunakan radas atau cara yang bukan semula jadi bertujuan untuk membiakkan haiwan ternakan tanpa perlu memelihara haiwan jantan yang mempunyai baka berprestasi tinggi.
artificial insemination technicianjuruteknik permanian beradasVeterinarTiadaIndividu yang bertanggungjawab memasukkan sperma haiwan jantan ke dalam rahim haiwan betina menggunakan radas atau cara yang bukan semula jadi bertujuan untuk membiakkan haiwan ternakan tanpa perlu memelihara haiwan jantan yang mempunyai baka berprestasi tinggi.
teaser bulllembu jantan pengacahPenternakanGenetik dan PembiakbakaanHaiwan jantan yang digunakan sebagai pengesan estrus lembu betina tanpa permanian. Pelbagai kaedah dilakukan ke atas lembu jantan pengacah sebelum proses mengesan estrus dilaksanakan seperti pemakaian apron, vasektomi atau epidimektomi.
semen utilizationpenggunaan semenPenternakanGenetik dan PembiakbakaanAktiviti yang dilakukan ke atas semen semasa proses pembiakan. Dalam proses pembiakan haiwan, lazimnya semen digunakan semasa aktiviti permanian beradas.
frozen semensemen sejuk bekuPenternakanGenetik dan PembiakbakaanSemen yang dikumpulkan, dianalisis dan disimpan dalam cecair nitrogen pada suhu −196°C (−321°F) untuk kegunaan masa depan dalam permanian beradas. Semen sejuk beku pada suhu ini boleh disimpan dalam tempoh jangka masa yang lama.
oestrus detectionpengesanan estrusPenternakanGenetik dan PembiakbakaanKaedah pengesanan masa seksual pada haiwan betina. Pengesanan estrus dapat menentukan masa yang sesuai untuk pengawanan haiwan betina tersebut. Pengesanan estrus juga membolehkan kaedah pembiakan seperti permanian beradas (AI) dilakukan pada haiwan betina. Sinonim pengesanan berahi.
semen preservationpengawetan semenPenternakanGenetik dan PembiakbakaanProses untuk mengawet semen pada suhu -196° Celsius. Proses pengawetan semen ini juga dikenali sebagai krioawetan. Semen yang dikrioawet boleh disimpan dalam tempoh yang lama untuk digunakan dalam permanian beradas.
mating typejenis mengawanPenternakanGenetik dan PembiakbakaanKaedah mengawan, iaitu sama ada secara semula jadi atau buatan. Jenis mengawan semula jadi berlaku secara rawak atau melalui pemilihan sebelum mengawan manakala jenis mengawan buatan pula menggunakan kaedah permanian beradas atau in vitro.
oestrus synchronisationpengsinkronian estrusPenternakanGenetik dan PembiakbakaanKaedah untuk menyebabkan peringkat estrus sekumpulan haiwan betina berlaku serentak. Pengsinkronian estrus dilakukan dengan memberikan hormon kepada haiwan betina. Kaedah ini dilaksanakan pada ternakan seperti lembu bagi memudahkan pembiakan menggunakan teknik permanian beradas. Kaedah ini juga digunakan untuk mendapatkan tempoh beranak yang serentak bagi memudahkan pengurusan haiwan.
12

Kembali ke atas