Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.mas.a.la.han] | ڤرمسئلهن

Definisi : sesuatu atau segala-gala yg menjadi masalah, (pelbagai) masalah, per­soalan: sajak-sajak mereka ditulis bagi mem-buka jalan kpd pembaca utk mengenali per-istiwa dan menilai ~ di sekeliling kehidupan mereka; seminar itu akan menitikberatkan ~ bahasa; ~ pendidikan; ~ hidup wanita. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.mas.a.la.han] | ڤرمسئلهن

Definisi : yg menjadi masalah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata permasalahan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
eigenvalue problempermasalahan nilai eigenSains NuklearKejuruteraan ReaktorPermasalahan yang perlu diselesaikan untuk menentukan nilai kegentingan di dalam reaktor nuklear.
fixed-source problempermasalahan sumber tetapSains NuklearKejuruteraan ReaktorPermasalahan yang perlu diselesaikan untuk menentukan ciri-ciri populasi neutron di dalam teras reaktor dengan mengandaikan taburan sumber neutron adalah tetap.
steady-state problempermasalahan keadaan mantapSains NuklearKejuruteraan ReaktorLihat fixed-source problem.
problem playdrama masalahKesusasteraanTiadaDrama realisme yang mengisahkan permasalahan sosial. Jenis drama ini dikemukakan oleh Henrik Ibsen. Contoh drama tempatan ialah Tamu di bukit Kenny oleh Usman Awang. Drama ini memerihalkan masalah yang dihadapi oleh pegawai tinggi kerajaan manakala drama Atap Genting Atap Rumbia oleh Kala Dewata mengisahkan perbezaan hidup antara masyarakat kampung dengan masyarakat kota. Drama A Doll�s House yang dikemukakan oleh Henrik Ibsen pula mengisahkan masalah status perempuan dalam perkahwinan.
computational thinkingpemikiran komputasionalPendidikanTiadaPemikiran yang melibatkan pencarian formula terhadap permasalahan dan penyelesaiannya dengan cara yang dilaksanakan oleh komputer.
helicopter parentingkeibubapaan kimbangPendidikanTiadaCara asuhan ibu bapa yang memantau pengalaman dan permasalahan anak dengan teliti, terutamanya dalam aspek pendidikan. Keibubapaan kimbang juga merangkumi pengawasan dalam setiap aspek kehidupan anak secara berterusan, termasuk interaksi sosial.
helicopter parentingkeibubapaan kimbangPendidikanTiadaCara asuhan ibu bapa yang memantau pengalaman dan permasalahan anak dengan teliti, terutamanya dalam aspek pendidikan. Keibubapaan kimbang juga merangkumi pengawasan dalam setiap aspek kehidupan anak secara berterusan, termasuk interaksi sosial.
teka-tekiteka-tekiKesusasteraanTiadaBentuk puisi Melayu tradisional yang mengemukakan persoalan yang bijak atau permasalahan yang rumit untuk dijawab atau diselesaikan. Teka-teki digunakan untuk menguji ketajaman akal, kepantasan berfikir, kematangan fikiran, dan kearifan seseorang. Teka-teki boleh berbentuk pendek dan panjang atau dalam bentuk prosa, pantun, seloka, tamsilan, dan gurindam. Teki-teki boleh bersifat ringkas dan ringan, dan bersifat lebih rumit dan filosofikal dengan makna yang tinggi. Oleh itu, teka-teki boleh dijadikan bahan mainan dan hiburan atau untuk tujuan yang lebih serius. Contoh teka-teki yang mudah adalah seperti yang berikut: �Gajah putih di tengah rumah� (jawapannya kelambu) �Manis di mulut masam di rambut� (jawapannya: gula-gula getah) �Sebuah tembikar tudungnya berulir, di atas tembikar di bawahnya banjir� (jawapannya: pelita). Contoh yang lebih rumit dan panjang: �Hairan, sekonyong-konyong kelihatannya muntahnya itu bertumbuh menjadi rumput hayat, penuh sepanjang- panjang padang itu. Maka, rumput itu terlalu besarlah faedahnya, dapat menghidupkan yang mati, mencelikkan yang buta, serta mencerdikkan yang hodoh, dan mengubahkan daripada pangkat yang hina kepada mulia. Dengan dialah terutama dapat memudahkan segala pekerjaan yang sukar-sukar, lagi ia adalah penawar yang amat besar. Oleh yang demikian, banyaklah berhimpun di sana suatu macam daripada makhluk yang memungut akan rumput-rumput itu dengan mulutnya, tetapi sekaliannya itu bukannya daripada jenis binatang sekali-kali�. (jawapannya: kalam) Contoh teka-teki dalam bentuk pantun empat kerat dan syair: Bukan tanda sebarang tanda, Tanda putih lambangnya retak, Bukan benda sebarang benda, Dipetik boleh dimakan tidak. (jawapannya: gitar) Tanah bendang mari ditajak, Tajak disimpan di tepi gertak, Dugalah sendiri jikalau bijak, Waktu diperlukan ia dicampakkan. (jawapannya: jala/gasing)
zarzuelazarzuelaKesusasteraanTiadaTeater opera di Filipina yang berasal dari Sepanyol. Pada peringkat permulaan, zarzuela dipersembahkan di Filipina dalam bahasa Sepanyol dan meniru persembahan dari negara tersebut. Seterusnya, skrip zarzuela ditulis dalam bahasa Tagalog. Zarzuela mempersembahkan cerita yang bertemakan politik dan permasalahan sosial. Namun, terdapat juga persembahan yang menyentuh permasalahan kehidupan keluarga dan percintaan. Bentuk teater ini dibawa ke Filipina oleh Dario Cespedes, iaitu seorang penyair dan dramatis Sepanyol.
metadatametadataBioinformatikBioinformatik MolekulSet data yang dihasilkan daripada analisis ke atas pelbagai maklumat molekul dalam organisma, yang menerangkan dan menyediakan perincian yang mendalam tentang permasalahan biologi yang dikaji. Metadata akan digunakan untuk memudahkan penjejakan dan analisis data yang spesifik.
12

Kembali ke atas