Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.mo.to.ran] | ڤرموتورن

Definisi : hal (kegiatan, sukan dsb) yg berkaitan dgn kenderaan bermotor: kegiatan di litar itu akan ditingkatkan dgn pelbagai bentuk sukan ~ spt perlumbaan go-kart dan kereta; kemajuan Proton yg menjadi pe-mangkin industri ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.mo.to.ran] | ڤرموتورن

Definisi : hal, kegiatan dsb yg berkaitan dgn kenderaan bermotor: Kemajuan Proton menjadi pemangkin industri ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata permotoran


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
automobile sportssukan permotoranSukanTiadaSukan yang melibatkan pertandingan lumba kereta.
rally championshipkejohanan raliSukanTiadaKejohanan perlumbaan sukan permotoran yang melibatkan pasukan bersaing dengan masa dan kelajuan yang telah ditetapkan melalui pelbagai jalan awam.
abetmentsekongkolSains PolitikPolitik PerbandinganTindakan atau perbuatan individu, kelompok atau sesebuah organisasi membantu seseorang atau kelompok tertentu dalam persaingan kuasa politik di sesebuah negara. Tindakan ini bertujuan mencapai sesuatu matlamat bagi pihak yang memberi dan yang menerima bantuan itu. Contohnya, tindakan syarikat gergasi permotoran Amerika Syarikat iaitu Ford Motor bersekongkol dengan calon presiden republik Panama pada tahun 1952. Tindakan Syarikat Ford ini, telah berjaya membantu calon tersebut memenangi perebutan jawatan Presiden Panama. Sebagai balasannya, Syarikat Ford telah diberi hak pemilikan tanah perindustrian. Ini bertentangan dengan perlembagaan dan dasar sebelum tahun 1952 yang tidak membenarkan pemilikan tanah kepada warga asing. Sinonim persubahatan.
exhaust emissionpancaran ekzosKejuruteraan AutomotifEnjinBahan pencemar yang dilepaskan ke ruang atmosfera melalui hujung sistem ekzos. Bahan pencemar ini terhasil daripada proses pembakaran dalam silinder enjin, seperti karbon monoksida, karbon dioksida, gas hidrokarbon yang tidak terbakar serta gas nitrogen oksida (NO). Penghasilan gas ini dikawal oleh piawaian permotoran antarabangsa seperti Euro III dan Euro IV.

Kembali ke atas