Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.mua.fa.ka.tan] | ڤرموافقتن

Definisi : 1. perihal bermuafakat, perundingan; 2. persetujuan, kata setuju: hal itu hanya dapat diadakan dgn kerjasama dan ~ antara para wartawan dan ahli-ahli kebudayaan; 3. mesyuarat: mesyuarat yg berminit dipandang lebih penting drpd ~ yg dibuat secara tidak rasmi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.mua.fa.ka.tan] | ڤرموافقتن

Definisi : 1 perbuatan atau hal bermuafakat; perundingan. 2 hasil drpd bermuafakat; persetujuan; kata setuju. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
muafakat
Kata Terbitan : semuafakat, bermuafakat, kemuafakatan, permuafakatan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
consociational democracydemokrasi permuafakatanSains PolitikPolitik PerbandinganSistem demokrasi yang kerjasama atau perkongsian kuasa politiknya terbentuk kesan daripada struktur masyarakat yang berbeza dari sudut etnik, agama, bahasa dan budaya. Dalam masyarakat yang majmuk ini, amalan demokrasi yang liberal sukar untuk dipraktikkan. Bagi mengelakkan sebarang konflik, kerjasama di kalangan elit politik atau disebut juga sebagai elit kartel diwujudkan untuk mewakili kepentingan kelompok masing-masing. Melalui cara ini, persefahaman dapat dicapai berhubung dengan pembahagian kuasa dalam kerajaan, amalan budaya, pengagihan kekayaan ekonomi, peluang pekerjaan dan sebagainya. Idea demokrasi permuafakatan dikemukakan oleh sarjana politik Belanda iailu Arend Lijphart sewaktu Persidangan IImu Politik Antarabangsa di Brussel, Belgium pada tahun 1967. Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi ini.
analytical toolalat analisisSains PolitikPolitik PerbandinganTeori, konsep atau model yang kerap digunakan oleh ahli sains sosial, khususnya ahli antropologi, sosiologi, psikologi dan juga sains politik bagi memandu mereka memahami, meneliti dan menghurai sesuatu fenomena sosial yang wujud secara ilmiah. Melalui penggunaan alat ini, mereka akan melakukan generalisasi terhadap sesuatu fenomena sosial yang diteliti. Contohnya, konsep demokrasi permuafakatan digunakan oleh sarjana sains politik dalam meneliti fenomena politik gabungan yang wujud dalam masyarakat majmuk.
bargaining theoryteori tawar-menawarSains PolitikPolitik PerbandinganKaedah yang digunakan dalam persaingan politik antara dua atau lebih pihak dalam sistem demokrasi. Teori ini menekankan bahawa proses tawar-menawar merupakan usaha penting yang digunakan oleh pihak terlibat untuk mencapai satu formula yang diterima oleh semua. Rundingan, tolak ansur dan toleransi merupakan prinsip utama untuk memastikan semua pihak berpuas hati. Rundingan ini biasanya berakhir dengan pembentukan suatu perjanjian, permuafakatan, deklarasi dan manifesto bersama. Kaedah ini kerap digunakan dalam politik demokrasi memandangkan prosesnya tidak melibatkan kekerasan dan lebih mencerminkan suatu aktiviti politik yang bersifat sivil. Contohnya, perselisihan faham di antara Kesatuan Sekerja dengan pihak majikan kerap kali diakhiri dengan rundingan melalui proses tawar-menawar.
civilsivilSains PolitikPolitik PerbandinganSifat masyarakat yang telah mencapai taraf budaya yang rasional, berpendidikan tinggi, tingkat ekonomi yang baik dan hubungan sosial yang berasaskan kepada nilai-nilai murni. Dalam konteks politik, istilah ini merujuk kepada hubungan politik yang berlandaskan akal dan bukannya emosi. Setiap pertelingkahan politik yang timbul diselesaikan secara rundingan, tawar-menawar dan permuafakatan. Persaingan politik diambil dalam pendekatan yang positif apabila kekalahan dalam persaingan diterima dengan fikiran yang terbuka. Dalam erti kata lain, sivil merujuk kepada masyarakat yang moden dan bertamadun dalam aspek politik, ekonomi dan sosial.

Kembali ke atas