secure hypertext transfer protocol (SHTTP) | protokol perpindahan hiperteks selamat (SHTTP) | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Protokol perpindahan hiperteks (HTTP) yang ditingkatkan untuk membenarkan komunikasi selamat melalui rangkaian Internet. Protokol ini menyulitkan fail atau menyertakan sijil digital pada fail untuk tujuan pengesahan. Pelanggan yang menggunakan SHTTP untuk menghubungi pelayan boleh menghantar sijil digital untuk mengesahkan identiti pengguna, di samping mengesahkan identiti pelayan pada masa yang sama. |
crime migration | perpindahan jenayah | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Peralihan jenayah ke lokasi yang lain disebabkan oleh beberapa faktor seperti usaha pencegahan jenayah oleh pihak polis di lokasi asal. |
forced displacement | perpindahan terpaksa | Kependudukan | Tiada | Keadaan apabila penduduk di sesuatu tempat dipindahkan secara paksa akibat penganiayaan, konflik, keganasan umum atau pelanggaran hak asasi manusia. |
removal cost | kos perpindahan | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
spin transport | pengangkutan spin | Fizik | Nanoteknologi | Perpindahan elektron antara dua bahan yang orientasi spinnya kekal. Contoh bahan tersebut ialah heterostruktur superkonduktor-feromagnet, logam bukan magnet-feromagnet atau semua bahan semikonduktor yang salah satunya terdop dengan unsur bahan magnet. Fenomena ini digunakan dalam pembuatan peranti spintronik untuk pemprosesan maklumat atau penstoran data. |
migration | penghijrahan | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Perpindahan masuk atau keluar penduduk sesuatu kawasan. |
urbanization | urbanisasi | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | (1) Perpindahan atau penghijrahan dari luar bandar ke bandar. (2) Perkembangan saiz sesebuah bandar. (3) Peningkatan taraf petempatan daripada bukan bandar menjadi bandar. |
out migration� | penghijrahan keluar | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Perpindahan penduduk keluar dari tempat asal mereka. |
in-migration | penghijrahan masuk | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Perpindahan masuk penduduk ke sesuatu kawasan. |
transmigration programme | program transmigrasi | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Rancangan perpindahan penduduk secara besar-besaran dalam masa yang singkat ke satu kawasan pembukaan tanah baharu sebagaimana yang dilakukan di Indonesia. |