[per.pus.ta.ka.an] | ڤرڤوستاکاءن
Definisi : 1. kumpulan buku (bacaan dll); 2. bangunan (bilik dll) yg mengumpulkan buku-buku (utk bacaan dll); 3. = kepustakaan kesusasteraan, buku-buku kesusasteraan; ~ awam perpustakaan yg perkhidmatannya terbuka kpd masyarakat umum (orang ramai); ~ bergerak perpustakaan yg dibawa kpd masyarakat (dr satu tempat ke tempat lain dgn menggunakan kenderaan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[per.pus.ta.ka.an] | ڤرڤوستاکاءن
Definisi : kumpulan buku (bacaan dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[per.pus.ta.ka.an] | ڤرڤوستاکاءن
Definisi : 1 kumpulan buku atau bahan bacaan. 2 bangunan atau tempat mengumpulkan bahan-bahan bacaan. ~ awam perpustakaan yg perkhidmatannya terbuka kpd masyarakat umum atau orang ramai. ~ bergerak perpustakaan yg dibawa kpd masyarakat (dr satu tempat ke tempat lain dgn menggunakan kenderaan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)