Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.sau.da.ra.an] | ڤرساوداراءن

Definisi : perihal bersaudara, perhu-bungan spt bersaudara, pertalian yg rapat sekali (seolah-olah bersaudara): merekalah yg menguatkan tali ~ antara berbagai-bagai kaum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.sau.da.ra.an] | ڤرساوداراءن

Definisi : perhubungan kerana bersaudara; per­hubungan sbg saudara; perhubungan yg rapat sekali. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata persaudaraan

Peribahasa

Berkuak pedang,
     berbelah buluh.

Bermaksud :

Membahagi-bahagikan harta pencarian kerana bercerai atau putus persaudaraan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fraternal insuranceinsurans persaudaraaninsuransTiadaSistem perlindungan kerjasama tanpa keuntungan yang disediakan oleh sesuatu kumpulan kepada ahlinya.
closed breedingpembiakbakaan tertutupPenternakanGenetik dan PembiakbakaanProses pembiakbakaan antara haiwan ternakan yang mempunyai pertalian persaudaraan yang dekat. Contoh pembiakbakaan tertutup adalah seperti kacukan antara anak seperinduk.
kinship motivatorpenggerak pertalian keluargaPelanconganTiadaPendorong yang menggalakkan seseorang supaya saling mengunjungi saudara-mara dan mengenali antara satu sama lain untuk mengeratkan tali persaudaraan.
ruling eliteselit pemerintahSains PolitikPolitik PerbandinganSekumpulan kecil golongan atasan yang menguasai pemerintahan, ekonomi dan pentadbiran dalam sesebuah negara. Kumpulan penguasa ini tidak semestinya terlibat secara langsung dalam jentera pemerintahan tetapi memiliki hubungan yang akrab dengan pemerintah. Hubungan ini boleh terbentuk kerana mereka menganggotai parti yang sama, rakan lama, hubungan persaudaraan, ikatan perniagaan dan rakan dalam perjuangan sesuatu matlamat poIitik. Dengan itu, mereka mempunyai suara dan sangat berpengaruh dalam menentukan sesuatu keputusan, mempengaruhi pembentukan sesuatu dasar dan boleh campur tangan dalam pelaksanaannya. Contohnya, elit pemerintah Singapura yang wujud di sekitar golongan kanan pemimpin atau bekas pemimpin Parti Tindakan Rakyat (PAP).
power politicspolitik kuasaSains PolitikPolitik PerbandinganPolitik yang berlegar dari sudut kuasa dan persaingan kuasa. Kuasa menjadi inti sari kepada segala aktiviti dan matlamat politik, justeru kuasa ini menjadi rebutan, persaingan dan tumpuan kepada pesaing politik. Kuasa juga dilihat sebagai penentu segala-galanya dalam politik dan penguasaannya boleh memberi kelebihan kepada seseorang untuk menguasai bidang lain seperti pentadbiran, perundangan, perniagaan, pangkat, penghormatan, jawatan penting dan pemerintahan. Individu yang terpengaruh dengan politik kuasa ini sanggup menipu, memutuskan persaudaraan, menggadaikan harta atau melakukan apa sahaja kerana politik. Dengan itu, politik bermakna kuasa dan kuasa tidak terpisah daripada politik seperti pandangan Robert Dahl dan Harold Lasswell iaitu kuasa berupaya menentukan siapa mendapat apa, bila, dan bagaimana.

Kembali ke atas