area | luas | Fizik | Mekanik | Sukatan permukaan dua dimensi dalam unit persegi sebarang ukuran panjang seperti sentimeter persegi (cm2), kaki persegi (ka2) dan sebagainya. |
beaked adze | beliung berparuh | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Beliung berbentuk persegi empat panjang dan persegi empat tepat. Pada bahagian mata terdapat dua kesan tarahan yang dilakukan pada bahagian sisi kiri dan kanan dengan kesan garis pemisah di bahagian tengahnya. Bentuk beliung berparuh yang utama ialah pertama sekiranya dilihat dari atas, bahagian tarahan mata berbentuk V dan bahagian mata yang tajam berbentuk bulat. Bentuk kedua, bahagian pemisah antara bahagian mata masih berbentuk V tetapi hujung matanya seakan-akan bersegi empat yang ditarik ke bawah. Ketiga, kesan garis pada mata berbentuk W dan tidak terdapat garis pemisah manakala bentuk keempat, kesan garis pada mata berbentuk U dan tidak terdapat garis pemisah. Antara tapak penemuan beliung berparuh ialah di Hulu Tembeling (Pahang), Bukit Chuping (Perlis), Gua Madu (Kelantan) dan Tanjung Malim (Perak). |
square armhole | keruk lengan persegi | Kesenian | Tiada | Keruk lengan yang berbentuk persegi pada bahagian ketiak. |
square neckline | garis leher persegi | Kesenian | Tiada | Garis leher pakaian yang berbentuk persegi. |
square collar | kolar persegi | Kesenian | Tiada | Kolar lebar yang bahagian hadapan dan belakangnya berbentuk persegi. |
square fly | belah sembunyi persegi | Kesenian | Tiada | Belah sembunyi kancing yang bahagian bawahnya berbentuk persegi. |
ashlar | ketulan batu halus | Kesenian | Seni Bina | Batu yang dipotong secara persegi untuk dijadikan dinding bangunan agar kelihatan lebih kemas berbanding dengan ketulan batu tanpa dibuat pemotongan persegi. Ketulan batu halus mempunyai kemasan di setiap sisi untuk memudahkan pelekatan dengan ketulan batu-batu halus yang lain. Ketulan batu halus merupakan bahan alternatif menggantikan batu bata untuk membuat dinding-dinding bangunan. |
acre | ekar | Pertanian | Agroteknologi | Unit keluasan kawasan tanah yang masih digunakan di sesetengah negara seperti Amerika Syarikat dan pernah digunakan sebelum sistem metrik diperkenalkan seperti di Malaysia. Satu ekar adalah bersamaan dengan 0.4 hektar atau 43560 kaki persegi atau 4840 ela persegi. |
candela | kandela | Fizik | Optik | Unit SI (metrik) bagi keamatan berluminositi kandela bersamaan dengan 1/600.00 meter persegi daripada jasad hitam pada suhu beku platinum di bawah tekanan 101325n meter persegi. lilin baru. |
urban park | taman bandaran | Landskap | Tiada | Kawasan berlandskap yang dibina di sekitar kawasan bandar untuk tujuan rekreasi, sukan dan sebagainya. Kawasan ini disediakan dengan pelbagai kemudahan untuk dinikmati keindahannya oleh penduduk bandar. Keluasannya adalah lebih kurang 400,000 meter persegi hingga satu kilometer persegi. |