maternal environment | persekitaran keibuan | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Keadaan penentuan fenotip sesuatu organisma. Persekitaran keibuan terdiri daripada persekitaran luaran dan dalaman ibu pada peringkat perkembangan anak. |
virtual reality (VR) | realiti maya (VR) | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Persekitaran buatan janaan komputer yang direka bentuk menyerupai kewujudan fizikal seseorang dalam persekitaran seolah-olah benar untuk pengguna mengalami dan memanipulasi persekitaran tersebut seperti dalam dunia nyata. Kebanyakan persekitaran realiti maya berdasarkan pengalaman visual yang dipaparkan melalui skrin komputer atau paparan stereoskopik. Contoh realiti maya dalam e-pembelajaran ialah avatar, muzium maya, makmal maya dan simulator penerbangan. |
managed learning environment (MLE) | persekitaran pembelajaran terurus (MLE) | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Suatu konsep sistem pembelajaran yang menggabungkan semua aspek persekitaran pembelajaran maya dengan sistem pengurusan maklumat pelajar-pengajar menerusi sistem sokongan dalam talian bersepadu bagi menyediakan persekitaran komunikasi dan aktiviti yang lebih kaya dan beraneka. Contoh pelaksanaan MLE seperti Blackboard, Moodle dan Ultranet. Lihat juga persekitaran pembelajaran maya (VLE). |
gene-environment interaction | interaksi gen-persekitaran | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Perbezaan tindak balas pengekspresan gen terhadap perubahan persekitaran. Tindak balas ini ditunjukkan dalam bentuk graf yang merujuk kepada perhubungan di antara gen dan faktor persekitaran apabila berlakunya perubahan fenotip secara berterusan. |
Gypsy verification environment | persekitaran penentusahan Gipsi | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Unitiliti pengaturcaraan bersepadu untuk bahasa pengaturcaraan Gipsi untuk membantu reka bentuk dan pengaturcaraan. Persekitaran ini digunakan untuk menghuraikan keperluan fungsian perisian yang dibangunkan, membantu penulisan kod atur cara, dan mengesahkan hasil pengaturcaraan. Utiliti bersepadu yang digunakan dalam persekitaran ini mengandungi sebuah penyunting kod, pemproses spesifikasi, penjana kriteria pengesahan, pembukti teorem, dan alat penjejakan aliran maklumat. |
closed security environment | persekitaran keselamatan tertutup | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Persekitaran yang memenuhi keadaan yang berikut: 1. Pembangun aplikasi yang mempunyai autoriti atau disahkan bahawa mereka tidak pernah membina atau terlibat dengan logik hasad. 2. Kawalan konfigurasi yang menyediakan jaminan yang cukup bahawa suatu peralatan dan aplikasi dilindungi daripada logik hasad sebelum dan semasa operasi aplikasi sistem. |
e-learning environment | persekitaran e-pembelajaran | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Persekitaran yang membolehkan e-pembelajaran dilaksanakan secara maya atau gabungan antara fizikal dengan maya. Lihat juga e-pembelajaran. |
open security environment | persekitaran keselamatan terbuka | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Keadaan apabila persekitaran penggunaan prasarana sistem komputer tidak boleh memberi jaminan keselamatan ke atas pengguna atau aset dalam sistem komputer tersebut daripada kod atau tindakan hasad, sama ada sebelum atau selepas sistem komputer berkenaan digunakan. |
social environment | persekitaran sosial | Sains Politik | Politik Perbandingan | Latar yang melibatkan hubungan manusia dalam masyarakat seperti hubungan keluarga, struktur masyarakat sama ada majmuk atau tidak, kedudukan kelas yang berbeza dan pembahagiannya, kehadiran pendatang luar serta kaitannya dengan pembandaran, sifat migrasi dalaman, kemiskinan, kesesakan, sifat perumahan, kehadiran setinggan dan sebagainya. Semua faktor ini merupakan persekitaran sosial yang tidak melibatkan persekitaran alam dan memiliki hubungan yang sangat rapat dengan pembangunan ekonomi dan politik. Contohnya, persekitaran sosial di Brunei Darussalam berbeza dengan Singapura. |
neritic | neritik | Sains Marin | Tiada | Berkaitan dengan persekitaran lautan atau zon kedalaman di antara aras pasang surut rendah dan 100 fatom atau aras pasang surut rendah dan pinggir pentas benua. Neritik juga berkaitan dengan organisma yang hidup dalam persekitaran tersebut. |