Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.se.ku.tuan] | ڤرسکوتوان

Definisi : 1. pergabungan (persatuan dll) utk kepentingan bersama ahli-ahli; 2. pergabungan negara-negara dll: P~ Tanah Melayu; 3. Id syarikat perdagangan (per­usahaan dll), perkongsian; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sekutu (kata nama)
1. Bersinonim dengan kawan: sahabat, teman, pengikut, taulan, saing, handai, konco, pasangan, kerabat, kenalan, rakan, saudara, nyapang, sobat, rafik, syarik, alif,
Berantonim dengan musuh

2. Bersinonim dengan gabungan: syarikat, ikatan, kombinasi, perkumpulan, pertubuhan, kelompok, kesatuan, golongan,
Berantonim dengan individu

Kata Terbitan : menyekutui, menyekutukan,mempersekutukan, persekutuan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
quasi-federationsepara persekutuanSains PolitikPolitik PerbandinganNegara yang mengamalkan sistem persekutuan yang bersifat separa. Negara ini memiliki ciri-ciri asas persekutuan, namun praktiknya tidak sepenuhnya mengamalkan sistem persekutuan tersebut. Dalam sistem ini, kerajaan pusat sering memiliki kuasa yang tinggi atau bersifat terpusat sementara kerajaan negeri tidak memiliki autonomi yang sewajarnya. Contohnya, India dan Malaysia merupakan negara yang bersifat separa persekutuan.
statenegeriSains PolitikPolitik PerbandinganSatu wilayah atau kawasan yang wujud dalam sebuah negara persekutuan yang mempunyai sempadan yang jelas, penduduk, kedaulatan dan kerajaan sendiri. Gabungan beberapa negeri ini akan membentuk sebuah negara persekutuan. Kerajaan negeri biasanya mempunyai kuasa autonomi yang tersendiri. Negeri ini juga mempunyai dewan undangan dan pentadbiran sendiri. Terdapat autonomi negeri yang kuat dan dihormati oleh kerajaan pusat seperti negeri-negeri di Amerika Syarikat dan Kanada. Walaupun begitu, terdapat juga autonomi negeri yang lemah dan sering didominasi oleh kerajaan pusat seperti negeri di India.
world federalismfederalisme duniaSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman atau gagasan yang ingin mewujudkan pemerintahan persekutuan yang besar sehingga mencapai peringkat dunia. Pemerintahan ini digambarkan dengan satu kerajaan pusat yang menguasai bidang-bidang penting dalam pemerintahan dunia, manakala negara-negara pula memiliki autonomi dalam bidang-bidang yang khusus seperti yang diamalkan dalam persekutuan sesebuah negara yang mempunyai pembahagian tugas antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Sinonim faham persekutuan dunia.
federalismfaham persekutuanSains PolitikPolitik PerbandinganLihat federalisme.
world federalismfaham persekutuan duniaSains PolitikPolitik PerbandinganLihat federalisme dunia.
federal roadjalan persekutuanPenilaian Harta TanahTiadaTiada
Union Cycliste Internationale (UCI)Persekutuan Basikal Antarabangsa (UCI)SukanLumba BasikalBadan yang mengelolakan segala jenis sukan berbasikal pada peringkat antarabangsa.
licencelesenSukanLumba BasikalDokumen rasmi yang dikeluarkan oleh Persekutuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia yang wajib dimiliki oleh setiap pelumba.
central governmentkerajaan pusatSains PolitikPolitik PerbandinganPemerintah di peringkat nasional dalam sebuah negara persekutuan. Pemerintah ini mempunyai bidang tugas yang tertentu dan khusus sebagaimana yang telah ditetapkan oleh perlembagaan negara masing-masing. Antara bidang tugas utama pemerintah pusat ialah hal ehwal pertahanan negara, urusan hubungan diplomatik antarabangsa serta mewakili negara dalam menandatangani sebarang perjanjian di peringkat antarabangsa. Sementara di peringkat nasional, kerajaan pusat bertanggungjawab memastikan hal ehwal keselamatan daIam negara terjamin, pembangunan infrastruktur yang baik, kewangan yang mantap dan pendidikan yang maju. Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai kerajaan pusat dan kerajaan di peringkat negeri .
gag orderperintah larang suaraUndang-undangTiadaSatu perintah awal yang dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi untuk menjalankan kuasa yang merangkumi larangan terhadap sebarang kata-kata, komen, perbincangan atau kenyataan termasuk rujukan kepada sebarang komunikasi secara bertulis atau tidak bertulis sementara menunggu pelupusan muktamad perbicaraan sesuatu kes.
123

Kembali ke atas