Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. hadiah (kpd raja, orang-orang yg lebih tinggi martabatnya): segala negeri takluk datang memperhambakan diri, masing-masing dgn persembahannya; 2. sesuatu yg dihidangkan atau dipertunjukkan (permainan, pementasan, filem, dll): ~ lakonan yg diselingi lagu-lagu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 apa-apa yg disembahkan; pemberian kpd raja-raja. 2 sesuatu yg dipersembahkan kpd umum: ~ drama Tamu Bukit Kenny sangat memuaskan hati para penonton. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata persembahan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
off-broadwayoff-broadwayKesusasteraanTiadaPersembahan teater di auditorium yang terletak di luar kawasan Broadway, New York. Persembahan teater ini memaparkan karya baharu dan eksperimental. Kos persembahannya rendah dan biasanya tidak mempunyai jumlah penonton yang ramai. Persembahan teater Off-Broadway muncul sebagai reaksi kepada peningkatan kos persembahan di Broadway dan kekurangan panggung persembahan. Persembahan ini merosot selepas tahun 1930-an, tetapi kembali aktif ketika Perang Dunia Kedua. Pada masa ini, pementasan Off-Broadway merupakan salah satu kegiatan teater yang penting di Amerika Syarikat.
tableautabloKesusasteraanTiadaFormasi tertentu yang dibentuk secara berkumpulan, terutamanya dalam drama dan tarian. Tablo membawa makna tertentu, iaitu menggambarkan detik sejarah, pertarungan, atau kesengsaraan. Formasi tablo bermula secara statik, kemudian pelakon bergerak membentuk formasi lain yang secara kolektif akan menyampaikan tema bagi keseluruhan persembahan. Persembahan tablo biasanya dijadikan selingan terutamanya pada setiap akhir adegan dalam sesebuah drama.
satyr playdrama satirKesusasteraanTiadaDrama yang dipersembahkan untuk menyindir golongan tertentu. Drama ini bersifat bodoh, jengkel dan mengandungi unsur lawak. Persembahan drama satir merupakan bahagian terakhir daripada kumpulan empat persembahan yang terdiri daripada tiga persembahan drama tragedi dan sebuah drama satir. Persembahan satir mempersendakan golongan yang mungkin juga protagonis dalam tiga persembahan drama tragedi sebelumnya. Persembahan drama ini diiringi oleh sekumpulan korus satir, iaitu makhluk separuh manusia dan separuh kampung. Contoh drama satir yang masih wujud ialah Cyclops oleh Euripides. Satir tidak ada kaitan dengan satira.
curtain raiserpembuka tiraiKesusasteraanTiadaPertunjukan sebelum memulakan sesebuah persembahan. Pertunjukan biasanya terdapat dalam persembahan drama dan teater. Pembuka tirai biasanya dalam bentuk selingan muzik atau sebuah sketsa (persembahan pendek) yang bertujuan untuk menghiburkan khalayak sebelum pementasan utama bermula. Contohnya, lagu-lagu selingan dalam persembahan wayang kulit, lagu buka tirai dalam bangsawan, dan overture dalam opera.
improvisationimprovisasiKesusasteraanTiadaPerlakuan secara spontan oleh seseorang pelakon dalam sesuatu seni persembahan. Contohnya dalam persembahan drama, jika berlaku sesuatu yang tidak dijangka, pelakon harus tahu menanganinya secara improvisasi, iaitu melakukan gerak, aksi atau ucap yang boleh memberikan reaksi sewajarnya terhadap kejadian yang tidak dijangka itu. Improvisasi berasal daripada perkataan Latin improvisus yang bermaksud �tanpa persediaan�.
masquemasqueKesusasteraanTiadaPersembahan hiburan di istana yang mengagumkan. Persembahan ini menggabungkan drama, puisi, muzik, nyanyian, tarian dan kostum serta peralatan mewah dan hebat. Pelakonnya terdiri dariapda golongan bangsawan yang memakai topeng sebagai watak mitos dan melakonkan sebuah kisah yang bersifat alegori. Persembahan berakhir apabila para pelakon membuka topeng masing-masing sambil menari dengan penonton. Hiburan ini bermula di itali pada zaman Renaissance dan berkembang maju di england ketika pemerintahan Elizabeth, James dan Charles I. Antara penulis masque ialah Ben Johnson yang menulis The Maswue of Blackness dan The Masque of Queens.
dramatic ironyironi dramatikKesusasteraanTiadaKeadaan atau situasi dalam persembahan (drama, teater) yang diketahui oleh penulis atau penonton, tetapi watak-watak yang menjayakan persembahan itu mungkin tidak mengetahuinya. Persembahan menggunakan kaedah plot yang membolehkan penonton mengetahui lebih banyak tentang situasi sesuatu watak berbanding apa yang disedari oleh watak itu sendiri. Watak bertindak bertentangan dengan apa yang sewajarnya, aksinya memberikan makna yang berlainan kepada penonton. Ramalan boleh meningkatkan kesan ironi dramatik. Contohnya, dalam drama Oedipus Rex, Oedipus mendesak agar mencari pembunuh Creon, tetapi sebenarnya dialah pembunuhnya. Oedipus dapat melihat dengan jelas ketika buta, tetapi semasa celik, dia sebenarnya buta. Lihat juga ironi.
mimemimosKesusasteraanTiadaBentuk persembahan bisu dalam drama atau teater yang menggunakan gerak tubuh dan gerak isyarat semata-mata bagi menyampaikan makna dan cerita. Oleh itu, persembahan bisu bukanlah suatu karya sastera bertulis. Persembahan ini bermula di Sisicy dan selatan Itali, dan merupakan suatu bentuk hiburan yang popular pada abad pertengahan. Kemudian, pengaruhnya berkembang di Eropah sehingga mimos menjadi sebahagian daripada tradisi drama Eropah. Istilah ini berasal daripada perkataan Yunani mimos bermaksud �pelakon� atau �pengajuk�. Mimos dikenali juga sebagai kialan.
truthful presentationpersembahan jujurHerbaPeraturan dan PemasaranMaklumat keberkesanan produk kosmetik yang betul, tepat dan dipercayai tepat berasaskan bukti terkini serta boleh diterima umum. Persembahan jujur dipamerkan atau dinyatakan dalam bentuk iklan, label atau sisip pada bungkusan dan risalah. Pemegang pemberitahuan kosmetik harus mematuhi persembahan jujur yang ditetapkan dalam Garis Panduan Kawalan Kosmetik di Malaysia.
operaoperaKesusasteraanTiadaBentuk persembahan teater atau drama yang merangkumi unsur-unsur muzik, tarian dan dialog yang berasal daripada tragedi yang didikirkan. Persembahan teater ini merupakan suatu percubaan untuk menghidupkan kembali tragedi Yunani klasikal yang amat berpengaruh. Perkembangannya juga didorong oleh bentuk persembahan masque. Dari kurun ke-16 hingga pertengahan kurun ke-17, opera merupakan hiburan khas istana dan akademik (pusat pengajian tinggi). Pada tahun 1637, pelancaran dan perasmian Opera House di Venice membuka opera kepada tontonan orang ramai. Opera kemudian berkembang di seluruh Eropah dengan sumbangan Richard Wagner (1813-1883) di Jerman. Opera pada masa kini menjadi salah satu bentuk teater utama di Barat dan kepentingannya dibuktikan dengan kewujudan karya besar oleh komposer seperti Mozart, Puccini, Monteverdi dan sebagainya. Antara contoh opera ialah Aida, Madam Butterfly, Don Giovani, Dan Carlos dan Faust. Lihat juga masque.
12345678910...

Kembali ke atas