Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.se.nya.wa.an] | ڤرسڽاواءن

Definisi : perihal bersenyawa, per­paduan, penyebatian: percantuman antara sel jantan dgn sel telur ini dinamakan ~; ~ sendiri penswasenyawaan; ~ silang per­senyawaan antara dua haiwan atau tumbuhan drpd spesies yg sama; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.se.nya.wa.an] | ڤرسڽاواءن

Definisi : 1 perbuatan atau hal ber­­­­senyawa; perpaduan. 2 proses yg me­libatkan penyatuan gamet jantan dgn gamet betina utk membentuk zigot. ~ silang persenyawaan antara dua haiwan atau tumbuhan drpd spesies yg sama. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata persenyawaan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fertilisationpersenyawaanPenternakanGenetik dan PembiakbakaanProses penyatuan sperma dengan ovum untuk membentuk zigot. Apabila sperma memasuki ovum, berlaku satu tindak balas yang mencegah sperma lain bersenyawa dengan ovum tersebut. Nukleus sperma dengan nukleus ovum akan bergabung dan proses persenyawaan dianggap selesai.
conceptionkonsepsiKejururawatanTiada1. Dalam ginekologi, proses persenyawaan dan seterusnya permulaan kehamilan. 2. Dalam psikologi, buah fikiran atau tanggapan mental.
pregnancykebuntinganPenternakanGenetik dan PembiakbakaanPeringkat haiwan berada dalam suatu tempoh selepas persenyawaan antara sperma dengan ovum sehingga kelahiran. Tempoh kebuntingan berbeza-beza mengikut spesies. Contoh kebuntingan bagi lembu ialah 285 hari, kuda 330 hari dan kucing 63 hari. Sinonim bunting.
zygotezigotPenternakanGenetik dan PembiakbakaanPeringkat perkembangan awal embrio, iaitu selepas proses persenyawaan yang melibatkan penyatuan sperma dengan ovum. Zigot akan terus berkembang dan menjadi beberapa bahagian untuk membentuk morula, blastosista dan embrio.
embryoembrioKejururawatanTiadaHasil konsepsi di dalam uterus pada hari keempat selepas persenyawaan sehingga ke akhir minggu kelapan perkembangan janin.
embryoembrioPenternakanGenetik dan PembiakbakaanPeringkat awal perkembangan organisma multisel yang terhasil selepas persenyawaan. Embrio berkembang di dalam uterus atau telur.
hatching traytalam penetasanPerikananAkuakulturBekas berbentuk empat segi atau bulat yang digunakan untuk melakukan persenyawaan antara telur ikan betina dengan sperma ikan jantan. Talam penetasan kebiasaannya diperbuat daripada plastik dan terdapat juga bekas yang bingkainya sahaja diperbuat daripada plastik atau besi dan dipasangkan dengan jaring.
embryoembrioPerikananAkuakulturPeringkat awal perkembangan organisma hidup dalam proses pembiakan. Embrio bermula setelah berlakunya persenyawaan antara gamet jantan dengan gamet betina.
acrosomeakrosomKejururawatanTiadaStruktur khusus di kepala sperma, yang mengandungi enzim untuk menembusi lapisan ovum dan memudahkan persenyawaan.
combining abilitykemampuan bergabungPenternakanGenetik dan PembiakbakaanKemampuan gen daripada induk jantan dan betina untuk bergabung semasa proses persenyawaan bagi menghasilkan anak yang bermutu. Kemampuan bergabung menghasilkan anak yang bermutu kesan daripada gen dominan.
123

Kembali ke atas