Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.sép.si] | ڤرسيڤسي

Definisi : (persépsi) gambaran atau bayangan dlm hati atau fikiran (tentang sesuatu), pan­dangan (menerusi pancaindera), tanggapan: kekuatan imaginasi, kepekaan dan ~nya terhadap alam dan kehidupan memberikan gaya dan pengucapan yg khusus pd karya-karyanya; mempersepsi membuat gambaran (bayang­an) dlm hati atau fikiran tentang sesuatu: objek-objek yg dipersepsi secara visual diterima tanpa soal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.sép.si] | ڤرسيڤسي

Definisi : /persépsi/ gambaran atau bayangan dlm hati atau fikiran (ttg sesuatu); pandangan; tanggapan: Kita perlu mempertimbangkan ~ masyarakat terhadap isu tsb. mempersepsi membuat gambaran atau bayangan dlm hati atau fikiran ttg sesuatu: Objek yg dipersepsi secara visual diterima tanpa soal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata persepsi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
synesthesiasinestesiaPerubatanPsikiatriPersepsi sekunder yang berpunca daripada persepsi primer. Contohnya, halusinasi pendengaran berpunca daripada halusinasi penglihatan.
direct perceptionpersepsi langsungSains SukanBiomekanikKonsep kawalan motor yang mengemukakan pendekatan bahawa sistem persepsi memantau dan menentukan rangsangan yang relevan sahaja akan diproses oleh sistem motor biologi.
indirect perceptionpersepsi tak langsungSains SukanBiomekanikKonsep kawalan motor yang menyatakan bahawa proses persepsi mula berlaku setelah semua rangsangan diterima oleh otak.
anagogic visionvisi anagogikKesusasteraanTiadaPersepsi berlapis yang digunakan oleh pengarang untuk menyatakan fikiran dan perasaannya pada paras yang pelbagai dan serentak. Persepsi atau pentafsiran mendedahkan makna yang tertinggi, iaitu makna rohaniah atau mistik di sebalik teks. Menurut Flannery O�Connor, visi anagogik merupakan suatu visi yang harus dimiliki atau dibina oleh pengarang untuk menambah makna teksnya. Menurut O. Connor, visi inilah yang dapat memperlihatkan pelbagai paras realiti dalam suatu imej atau situasi.
perceptionpersepsiPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaProses mengatur dan memberikan pengertian kepada pengalaman. Peringkat kognitif terhadap persekitaran.
perceptionpersepsiKejururawatanTiadaProses menerima dan mentafsir maklumat berkenaan dunia dalam otak.
perceptual disturbancegangguan persepsiPerubatanPsikiatriGangguan terhadap sebarang proses penerimaan rangsangan deria yang boleh menyebabkan ilusi dan halusinasi.
macropsiamakropsiaPerubatanPsikiatriPersepsi penglihatan seseorang apabila objek kelihatan lebih besar daripada saiznya yang sebenar.
hallucinationhalusinasiKejururawatanTiadaPersepsi sensori penglihatan, pendengaran, penghiduan, rasa atau sentuhan tentang sesuatu yang tidak wujud. Keadaan ini mungkin dialami oleh pesakit mental atau kesan sampingan sesetengah ubat.
fancyfansiKesusasteraanTiadaPerihal daya persepsi yang melibatkan khayalan. Daya ini berbeza dengan daya imaginasi, dan tarafnya dianggap lebih rendah daripada imaginasi. Sehingga abad ke-19, khayalan dan imaginasi disamakan, tetapi pengkritik romantis seperti Samuel Coleridge dan willian Wordsworth membezakan antara kedua-duanya. Bagi mereka, khayalan itu terbatas sifatnya kerana khayalan terlalu bergantung pada proses asosiasi, sedangkan imaginasi mampu mencipta imejan baharu dan segar melalui proses penyatuan imej. Fansi penting dalam penulisan novel mistik atau cereka fantasi kanak-kanak. Lihat juga imaginasi, imejan.
12345

Kembali ke atas