Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.se.tu.bu.han] | ڤرستوبوهن

Definisi : perbuatan atau hal ber­setubuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tubuh (kata nama)
Bersinonim dengan badan, jasad, jasmani, jisim, diri, rangka, bentuk, sarira;,
Kata Terbitan : bersetubuh, menyetubuhi, persetubuhan, bertubuh, menubuhkan, tertubuh, pertubuhan, penubuhan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
incestsumbang mahramKriminologiKeadilan JenayahJenayah seksual yang melibatkan persetubuhan antara ahli keluarga yang hubungannya dilarang oleh undang-undang, agama dan adat. Contohnya, persetubuhan antara adik-beradik.
forcible raperogol paksaanKriminologiKeadilan JenayahSejenis jenayah kekerasan yang melibatkan persetubuhan antara penyerang dengan mangsa melalui ugutan, ancaman atau paksaan yang menyalahi undang-undang. Contohnya, persetubuhan dengan seorang wanita dengan mengancamnya secara fizikal.
gang raperogol berkumpulanKriminologiKeadilan JenayahPersetubuhan yang dilakukan dengan sengaja melibatkan ramai orang atau lebih daripada seorang penyerang terhadap mangsa. Perbuatan ini termasuklah tindakan ahli kumpulan yang mengambil bahagian secara aktif dalam kejadian rogol tersebut walaupun ahli berkenaan tidak melakukan persetubuhan dengan mangsa.
serial raperogol bersiriKriminologiKeadilan JenayahPersetubuhan tanpa kerelaan mangsa secara berturutan dalam kejadian dan masa yang berbeza. Siri kejadian ini boleh melibatkan mangsa yang sama atau berbeza.
alcohol facilitated raperogol dipermudah alkoholKriminologiKeadilan JenayahPersetubuhan yang dilakukan dengan sengaja oleh penyerang terhadap mangsa setelah mangsa diberikan alkohol sehingga mabuk. Keadaan mangsa yang mabuk menyebabkan mangsa tidak menyedari apa yang berlaku dan kejadian tersebut berlaku tanpa kerelaan mangsa.
substance facilitated raperogol dipermudah bahanKriminologiKeadilan JenayahPersetubuhan yang dilakukan dengan sengaja oleh penyerang terhadap mangsa setelah mangsa diberikan bahan yang menyebabkan mangsa tidak menyedari apa yang berlaku dan kejadian tersebut berlaku tanpa kerelaan mangsa. Contohnya, penggunaan dadah, alkohol atau bahan kimia seperti klorofom.
drug facilitated raperogol dipermudah dadahKriminologiKeadilan JenayahPersetubuhan yang dilakukan dengan sengaja oleh penyerang terhadap mangsa setelah mangsa diberikan dadah. Dadah tersebut menyebabkan mangsa tidak menyedari apa yang berlaku dan kejadian tersebut berlaku tanpa kerelaan mangsa.
marital raperogol perkahwinanKriminologiKeadilan JenayahPenderaan seksual atau keganasan rumah tangga antara suami isteri yang melibatkan persetubuhan tanpa kerelaan pasangan yang menjadi mangsa.
sexual coercionpaksaan seksualKriminologiKeadilan JenayahTindakan menekan, mengancam atau memaksa mangsa untuk melakukan hubungan seksual seperti persetubuhan, cium dan peluk yang bertentangan dengan kehendak atau kemahuan mangsa.

Kembali ke atas