treaty | perjanjian | Sains Politik | Politik Perbandingan | Persetujuan rasmi yang dibuat antara dua atau lebih negara yang berdaulat. Sebelum persetujuan dicapai, wakil dari negara yang terIibat terlebih dahulu berunding dan membuat tawar-menawar dalam perbincangan. Persetujuan ini biasanya diabsahkan oleh badan perundangan negara terIibat seperti hakim atau ketua negara dan kemudian dijadikan dalam bentuk bertuIis dengan pengesahan mohor pemerintah. Nama perjanjian pula biasanya mengambiI nama tempat perjanjian itu diadakan. Contohnya, Perjanjian Pangkor 1874, Perjanjian Bangkok 1909 dan Perjanjian Camp David l978. |
informed consent | persetujuan termaklum | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Proses mendapatkan keizinan daripada subjek manusia yang hendak mengambil bahagian dalam ujian klinikal secara sukarela setelah dimaklumkan tentang segala aspek ujian yang relevan dengan subjek. Persetujuan termaklum didokumenkan dalam borang persetujuan bertulis, ditandatangani dan bertarikh. |
narrative contract | kontrak naratif | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk perjanjian atau persetujuan secara bersama antara pencerita dengan audiensnya. Dengan perjanjian atau persetujuan ini, pencerita akan bercerita dan audiens dapat mendengar cerita itu. Pada tahap yang paling asas, kontrak naratif boleh wujud melalui kata-kata seorang ibu kepada anaknya, �Saya akan bercerita seandainya awak bersedia menerima nasihat saya�. Pada tahap yang lebih kompleks, kontrak naratif juga berkaitan dengan norma budaya yang hidup dalam masyarakat. Seorang pencerita tidak boleh bercerita dengan sebebas-bebasnya kerana dia harus terikat dengan tuntutan konvensi pemikiran atau sosiobudaya audiens dalam masyarakatnya. |
agreement | perjanjian; persetujuan | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
oral agreement | perjanjian lisan/persetujuan lisan | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
knock-for-knock agreement | perjanjian sesama selesai | insurans | Tiada | Persetujuan di antara beberapa insurer bahawa jika berlaku kemalangan yang melibatkan pemegang polisi mereka, insurer tidak akan menuntut ganti rugi di atas kos membaiki kerosakan kenderaan yang diinsuranskan oleh insurer tersebut daripada insurer yang satu lagi |
planning gain | manfaat perancangan | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Persetujuan antara pemaju dengan pihak berkuasa perancang untuk menjalankan kerja yang tidak terkandung dalam cadangan pemajuan. Ia memberi faedah kepada kepentingan awam sebagai ganjaran kerana kebenaran merancang. |
planning permission | kebenaran merancang | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Persetujuan rasmi sama ada bersyarat atau tanpa syarat daripada pihak berkuasa perancang yang perlu diperoleh oleh mana-mana pihak yang berhasrat untuk menjalan- kan aktiviti pembangunan. |
restrictive convenant | waad mengehad | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Satu persetujuan yang dicapai antara pemilik tanah dengan pemilik tanah yang berjiran yang mengehadkan cara penggunaan tanah untuk faedah pemilik tanah yang berjiran. |
automobile assigned risk plan | pelan risiko teruntuk automobil | insurans | Tiada | Merupakan persetujuan secara sukarela antara syarikat-syarikat insurans untuk menerima mereka yang tidak berupaya mendapatkan perlindungan insurans dalam pasaran biasa. |