Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.sing.ga.han] | ڤرسيڠݢهن

Definisi : tempat singgah (berlabuh, berhenti, mendarat): Colombo telah menjadi tempat ~ yg penting bagi kapal laut dan juga kapal terbang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.sing.ga.han] | ڤرسيڠݢهن

Definisi : tempat singgah; tempat berlabuh atau tempat mendarat: Bangkok merupakan ~ penting bagi kapal terbang yg hendak ke Timur atau ke Barat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
singgah (kata kerja)
Bersinonim dengan berhenti sebentar, berlabuh, hinggap, mampir;,
Kata Terbitan : menyinggahkan, persinggahan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
transit network designreka bentuk rangkaian persinggahanKejuruteraan AutomotifTiadaReka bentuk rangkaian laluan yang menunjukkan bagaimana tempat persinggahan dihubungkan oleh pelbagai mod pengangkutan.
casual callsinggah sesekaliPentadbiran PerniagaanTiadaSuatu persinggahan oleh sesebuah kapal laut atau kapal terbang di Malaysia, di mana 24 bulan sebelum dan selepasnya tiada persinggahan di Malaysia.
call feeyuran persinggahanSukanTiadaTiada
in transitdalam persinggahanKejuruteraanTiadaTiada
rest houserumah rehat; rumah persinggahanGeografiTiadaTiada
rest houserumah rehat; rumah persinggahanPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
cave sitetapak guaArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiTapak tempat tinggal masyarakat prasejarah, pengebumian dan kem persinggahan. Tempat ini terbahagi kepada dua kategori, iaitu gua batu kapur dan pelindung batuan. Gua ini didiami semenjak Zaman Paleolitik sehingga Zaman Neolitik. Bukti penempatan manusia dikesan melalui tinggalan artifak alatan batu dan ekofak seperti tulang binatang. Terdapat bukti gua yang didiami secara berterusan melibatkan dua zaman yang berbeza, iaitu Hoabinh dan Neolitik. Lokasinya berdekatan dengan sungai, dan keadaan suhu sejuk menjadi faktor utama pemilihan oleh masyarakat zaman tersebut. Antara tapak gua yang utama di Malaysia ialah Gua Kechil dan Gua Tongkat (Pahang), Gua Cha dan Gua Menteri (Kelantan), Gua Gunung Runtuh dan Gua Teluk Kelawar (Perak), Gua Niah dan Gua Lubang Angin (Sarawak) dan Hagop Bilo (Sabah).

Kembali ke atas