Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.su.ra.tan] | ڤرسورتن

Definisi : perihal tulis-menulis, kepus­takaan, kesusasteraan, perpustakaan: cerita Siti Zubaidah dan Perang China ini telah lama tersiar di dlm ~ Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.su.ra.tan] | ڤرسورتن

Definisi : hal-hal bersurat; hasil drpd tulis-menulis: Hamzah Fansuri dan Munsyi Abdullah pasti akan tercatat dlm sejarah ~ Melayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
surat (kata nama)
Bersinonim dengan warkah, watikah;,
Kata Terbitan : tersurat, persuratan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
metacriticismmetakritikanKesusasteraanTiadaWacana kritikan yang meneliti prinsip, asas, dan kaedah kritikan sastera. Contohnya, penulisan teori yang mengetengahkan fungsi kritikan seperti dalam buku The Anatomy of Criticism hyang ditulis oleh Northrop Frye, manakala buku Medan-medan dalam Sistem Persuratan Melayu oleh Mohd. Affandi Hassan pula mempersoalkan gagasan dalam buku Puitika Melayu oleh SN Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh.
nazamnazamKesusasteraanTiadaBentuk puisi Melayu tradisional yang setiap rangkapnya terdiri daripada dua baris mengikut gaya timbangan syair Arab. Setiap baris itu mempunyai persamaan bunyi di hujungnya. Secara umumnya, puisi ini tidak begitu popular dalam kalangan alim ulama. Mereka mencipta nazam dengan melagukannya sebagai puji-pujian, khususnya terhadap Nabi Muhammad SAW. Contohnya, sebahagian daripada nazam �Pujio� atau Jawahir Sunniah oleh A.H. Edrus (Persuratan Melayu 2, 1960): Muhammad yang dibangkitkan akan dia, Dengan surah tauhid Tuhan yang sedia. Pada masa sangat umum syiriknya, Dengan sebab sangat banyak jahilnya. Maka menunjuklah ia akan kita, Dengan bujuk lagi nasihat yang nyata. Tunjuk pula hingga perang dengan pedang, Maka nyatalah agama putih terang. Mudah-mudahan membalas akan dia, Dengan baik bagi pihak yang mulia. Istilah nazam berasal daripada bahasa Arab nazm yang bermaksud �susunan�.
tracttractKesusasteraanTiadaRisalah, esei, karangan ringkas, atau yang seumpamanya yang berlegar tentang politik atau agama yang biasanya bersifat kontroversial dan menimbulkan pertentangan pendapat. Contoh tract terkenal ialah Marprelate Tracts yang merupakan serangan ke atas golongan uskup dan pembelaan tatatertib Presbyterian. Contoh lain ditemui dalam Tracts for the Times (1833-41), iaitu penulisan yang diusahakan oleh cardinal Newman, Keble, R. H. Froude dan Pusey untuk mengembalikan beberapa doktrin gereja. Contoh dalam persuratan Melayu ditemui dalam Hujjat al-Siddiq lii-Daf�al-Zindiq (Bukti Orang yang Jujur Demi Mempertahankan Sanggahan terhadap Golongan Zindiq) oleh Syeikh Nuruddin ar-Raniri yang menentang doktrin Wahdat al-Wujud yang dianuti oleh Hamzah Fansuri. Tract berasal daripada bahasa Latin bermaksud �menangani� atau �mengendalikan�.
hagiographyhagiografiKesusasteraanTiadaKarya sastera yang menonjolkan tokoh yang dianggap suci. Pada asalnya, hagiografi merujuk kepada karya sastera di Eropah yang dihasilkan untuk mengagung-agungkan kehidupan santo (saint) dan orang yang mati demi kesucian agama Kristian. Sastera hagiografi terdapat pada Zaman Pertengahan tetapi jarang terdapat pada zaman moden, melainkan dalam karya drama, Saint Joan (1923) oleh G.B. Shaw. Hagiografi juga digunakan untuk karya biografi tokoh-tokoh suci dalam agama lain. Contoh dalam tradisi persuratan Islam ialah Tadhkirat al-Awliya oleh Faridudin, �Attar dari parsi dan karya tentang Wali Songo di Alam Melayu. Dalam tradisi India, terdapat karya tentang Kabir, Meerabai dan Guru Nanak. Hagiografi berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud �penulisan suci�.

Kembali ke atas