kinship motivator | penggerak pertalian keluarga | Pelancongan | Tiada | Pendorong yang menggalakkan seseorang supaya saling mengunjungi saudara-mara dan mengenali antara satu sama lain untuk mengeratkan tali persaudaraan. |
affiliation | afiliasi | - | Tiada | Pertalian antara pengarang dengan institusi tempat berkhidmat semasa membuat penyelidikan atau menulis sesuatu karya. |
phylogeny | filogeni | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Pertalian dan perkaitan antara biomolekul dengan biomolekul atau organisma dengan organisma berdasarkan perkembangan evolusi. |
mortality rate | kadar kemortalan | insurans | Tiada | Pertalian di antara kekerapan kematian ahli-ahli individu di dalam sesuatu kumpulan dengan ahli-ahli kumpulan keseluruhannya bagi sesuatu tempoh masa. |
parenting | keibubapaan | Kejururawatan | Tiada | Persekitaran dan pertalian kekeluargaan yang diwujudkan oleh penjaga atau ibu bapa bagi menggalakkan pembesaran dan perkembangan kanak-kanak. |
parent-child bonding | ikatan ibu bapa-anak | Kejururawatan | Tiada | Pertalian antara bayi dengan ibu bapa untuk mendapatkan kasih sayang yang boleh mempengaruhi perkembangan fisiologi dan psikologi kanak-kanak. |
energetics | energetik | Sains Sukan | Biomekanik | Cabang ilmu mekanik yang mengkaji pertalian antara tenaga dengan kerja. |
phylogenetics | filogenetik | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Kajian ke atas sejarah evolusi serta hubungan pertalian dan perkaitan antara individu atau kumpulan organisma seperti spesies atau populasi. Hubungan ini diperoleh daripada kaedah pentaabiran filogenetik yang menilai ciri-ciri pewarisan seperti jujukan DNA/RNA/protein atau morfologi. Hasil kajian ini dikenali sebagai filogeni yang ditunjukkan dalam bentuk pepohon filogenetik. |
affordance | kebolehmampuan | Sains Sukan | Biomekanik | Keterhadan terhadap perlakuan yang boleh dibenarkan dengan merujuk pertalian yang wujud antara persekitaran dengan lakuan motor. Contohnya, dalam terowong yang sempit, yang hanya membolehkan seseorang merangkak kerana keadaan persekitaran tersebut tidak membenarkan perlakuan lain, seperti berlari. |
phylogenetic tree | pepohon filogenetik | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Rajah yang memaparkan hubungan evolusi serta pertalian dan perkaitan antara individu atau kumpulan organisma seperti spesies atau populasi. Pepohon filogenetik menggambarkan susur galur organisma menerusi nod dan cabang pepohon yang dibentuk dari leluhur yang sama. |