duel ordeal | ujian pertarungan | Sejarah | Tiada | 1. Pertarungan antara dua orang atau pihak yang ditentukan kemenangannya berdasarkan perlawanan atau peperangan.,2. Konflik berpanjangan antara dua orang, idea atau kuasa-kuasa yang sering bertelingkah. |
joust of arms | pertarungan senjata | Sejarah | Tiada | Tiada |
combat music | muzik pertarungan | Kesenian | Drama dan Teater | Muzik yang menjadi latar adegan perkelahian dalam persembahan teater. |
fighting drag | tarik hulur | Perikanan | Tiada | Kaedah memancing yang menghasilkan daya tarikan antara pemancing dengan ikan yang dikail. Daya ini menghasilkan pertarungan yang menyeronokkan kepada pemancing. Melalui kaedah ini, pemancing akan membiarkan tali pancing ditarik keluar apabila berdepan dengan ikan bersaiz besar yang biasanya mempunyai daya tarikan melebihi kuasa tarikan pemancing. Pergerakan ini berlaku beberapa kali sehingga ikan menjadi lemah dan setelah itu, pemancing mengarau tali pancing sehingga ikan dinaikkan ke atas dek bot. |
moro-moro | moro-moro | Kesusasteraan | Tiada | Drama rakyat Filipina yang mengandungi unsur opera dan komedi. Drama ini merupakan sebuah melodrama yang mengisahkan pertarungan antara orang Islam dengan orang Kristian. Ceritanya bertumpu pada kisah percintaan antara seorang putera dengan seorang puteri yang berlainan agama, iaitu seorang Islam dan seorang Kristian. Percintaan biasanya berakhir dengan perkahwinan, iaitu yang beragama Islam akan memeluk agama Kristian. Drama ini mengisahkan keupayaan mereka mengatasi rintangan sosial dan agama demi mencapai sesuatu hasrat. Pada asalnya, drama ini digunakan untuk tujuan dakwah bagi agama kristian. Kemudian, drama ini digunakan oleh pengarang Filipina sebagai suatu genre untuk merangsang semangat nasionalisme. |
tableau | tablo | Kesusasteraan | Tiada | Formasi tertentu yang dibentuk secara berkumpulan, terutamanya dalam drama dan tarian. Tablo membawa makna tertentu, iaitu menggambarkan detik sejarah, pertarungan, atau kesengsaraan. Formasi tablo bermula secara statik, kemudian pelakon bergerak membentuk formasi lain yang secara kolektif akan menyampaikan tema bagi keseluruhan persembahan. Persembahan tablo biasanya dijadikan selingan terutamanya pada setiap akhir adegan dalam sesebuah drama. |
morality play | lakon moraliti | Kesusasteraan | Tiada | Drama yang mempersonifikasikan sifat baik dan jahat yang bergelut dalam jiwa manusia. Antara sifat jahat ialah tamak, haloba dan dengki, manakala sifat baik ialah jujur, amanah dan tekun. Drama ini merupakan alegori kepada perjalanan hidup manusia yang terpaksa menghadapi pertarungan, iaitu dari saat kelahiran hingga kematiannya. Drama ini muncul pertama kali pada kurun ke-14 sebagai drama agama, tetapi secara beransur-ansur menjadi sekular. Drama ini berkembang antara tahun 1400 - 1500. Antara contoh drama yang dipentaskan berjudul The Pride of Life (1400), The Castle of Perserverance (1945), dan Everyman (1500). |
rotoscoping | merotoskop | Teknologi Maklumat | Tiada | Satu teknik animasi untuk menambah kesan khas pada filem sebenar. Teknik ini digunakan untuk menambah model grafik dalam filem sebenar dan boleh menjejak pergerakan objek dalam filem. Contohnya dalam filem Star Wars, teknik ini digunakan untuk menambah pedang laser dalam babak pertarungan. |
black marlin | mersuji hitam | Perikanan | Tiada | Sejenis ikan daripada famili Istiophoridae, spesies Maikara indica yang mempunyai muncung tajam seperti tombak, bahagian belakang berwarna biru gelap dan bahagian bawah berwarna putih keperak-perakan. Mersuji hitam hidup di laut lepas dan bersifat pelagik, aktif bergerak, berhijrah jauh dari satu kawasan ke kawasan yang lain mengikut musim dan suka menerkam mangsa seperti sotong dan ikan. Ikan ini dikategorikan sebagai ikan rekreasi bersaiz besar yang memberikan pertarungan sengit kepada pemancing dan biasanya ditangkap menggunakan kaedah mengerek (mengolak). |
obligatory scene | adegan wajib | Kesusasteraan | Tiada | Konvensi dramatik yang merupakan satu babak yang perlu disediakan oleh pengarang dalam perkembangan plot drama atau teater. Konvensi ini amat diharapkan oleh khalayak. Adegan wajib memberi kesan emosi yang memuncak dalam drama. Contohnya, dalam drama Hamlet karya Shakespeare, babak pertembungan antara Hamlet dengan ibunya ialah adegan wajib yang dijangkakan oleh khalayak dan memberikan kesan emosi yang mendalam. Dalam filem Hang tuah, adegan wajib yang meruntun perasaan khalayak ialah pertarungan maut antara Hang Tuah dan Hang Jebat. |