Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.te.la.ga.han] | ڤرتلاݢهن

Definisi : perihal bertelagah, perbantahan, perselisihan, pertelingkahan, per­tikaian: ~ sengit telah berlaku antara guru-guru Melayu dgn Kementerian Pendidikan mengenai pelajaran menengah Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.te.la.ga.han] | ڤرتلاݢهن

Definisi : perbuatan atau perihal bertelagah; pertengkaran; perbalahan: Ayah mencuba menyelesaikan ~ antara mereka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
telagah
Kata Terbitan : bertelagah, pertelagahan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pawn disputepertelagahan gadaianEkonomiEkonomi IslamKeadaan atau kes apabila penggadai dan pegadai bertelagah tentang perkara yang berkaitan dengan gadaian. Pertelagahan berlaku apabila dakwaan penggadai dipertikaikan oleh pegadai atau sebaliknya. Perkara yang dipertikaikan mungkin tentang kualiti barang gadaian, masa gadaian atau jumlah hutang yang dicagar. Kes sebegini biasanya akan diselesaikan oleh hakim di mahkamah syariah.
contentionpertelagahanKejuruteraanTiada1. Keadaan yang wujud dalam menggunakan perkongsian masa saluran pemultipleks, apabila lebih daripada satu unit mencuba untuk membuat hantaran pada masa yang sama.,2. Keadaan yang timbul apabila dua isyarat utusan mencuba untuk menggunakan sumber fizikal yang sama.
contentionpertelagahanKomputerTiadaTiada
bus contentionpertelagahan basKejuruteraanTiadaTiada
contention modemod pertelagahanKomputerTiadaTiada
contention systemsistem pertelagahanKomputerTiadaTiada
contention delayjangka tunda pertelagahanTeknologi MaklumatTiadaPanjang masa sesuatu terminal perlu menunggu semasa terminal lain sedang menghantar data.
conflict managementpengurusan konflikPengurusanPerancanganSuatu langkah dalam mengenal pasti pertelagahan, memahami situasi yang berkaitan dan menangani masalah tersebut secara rasional, berimbang dan berkesan. Matlamat utama pengurusan konflik adalah untuk mencapai kebaikan bagi semua pihak yang bertelagah. Pendekatan dalam pengurusan konflik yang terbaik adalah melalui komunikasi berkesan, kemampuan dalam menyelesaikan masalah dan kemahiran berunding yang baik. Contohnya, dalam organisasi sektor awam, saluran pengurusan konflik yang dibentuk ialah Mesyuarat Bersama Jabatan yang terdiri daripada Kesatuan Sekerja, Persatuan Kakitangan dan Pihak Pengurusan.

Kembali ke atas