e-encounter | e-pertemuan | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Pertukaran maklumat klinikal secara dua hala berasaskan web antara pesakit dengan pengamal perubatan, yang melibatkan perbincangan tertutup tentang pertanyaan atau masalah pesakit. Perbincangan ini boleh dimulakan oleh pesakit atau pengamal perubatan. |
chronotope | kronotop | Kesusasteraan | Tiada | Titik pertemuan antara hubungan waktu dengan tempat dalam plot naratif. Kronotop menentukan konteks cerita dari segi persoalan, idiologi, dan isu yang wujud dalam persekitaran masa dan tempat yang dikisahkan. |
teleconferencing | telesidang | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Pertemuan dua hala yang interaktif dan dinamik antara individu secara serentak di beberapa lokasi menerusi medium telekomunikasi yang membolehkan mereka mengadakan perbincangan, mesyuarat, seminar perniagaan, latihan jarak jauh, pembentangan persembahan, sesi pembelajaran atau aktiviti sokongan pelanggan. Terdapat pelbagai jenis media telesidang seperti audio, audiografik, komputer, web, video dan televisyen. Telesidang sering digunakan dalam pendidikan jarak jauh. |
play date | temu main | Umum | Tiada | Satu pertemuan yang diaturkan oleh ibu bapa bagi membolehkan anak mereka bermain bersama-sama dua orang rakan atau lebih, sama ada di rumah atau di tempat yang bersesuaian. |
mass gathering | perhimpunan ramai | Kesihatan Awam | Tiada | Sesi pertemuan atau perjumpaan yang dihadiri lebih daripada 100 orang dalam sesuatu tempat atau acara secara serentak. |
web conference | sidang web | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Pertemuan dalam talian berasaskan web yang membolehkan pengguna mengadakan perbincangan, mesyuarat, seminar perniagaan, latihan jarak jauh, pembentangan persembahan, sesi pembelajaran atau aktiviti sokongan pelanggan. Sidang web juga membolehkan perkongsian skrin komputer, aplikasi atau kandungan berasaskan web dalam masa nyata antara dua atau lebih komputer atau peranti mudah alih. Fungsian tambahan sidang web juga membenarkan capaian jauh komputer, berbalas mesej, bertukar fail, berhubung menerusi papan putih digital, serta bersiaran secara langsung kepada penonton pasif. Contohnya, WebEx, GoToMeeting, Zoom, Skype dan MultiPeople. Lihat juga telesidang, telesidang video. |
crepitation | krepitasi | Kejururawatan | Tiada | 1. Sesuatu bunyi geseran pertemuan antara dua tulang yang patah. 2. Sesuatu bunyi gemeresik yang lembut dan halus pada paru-paru yang mengandungi sekresi dan boleh didengar dengan menggunakan stetoskop. |
homeroom | bilik santun pelajar | Pendidikan | Tiada | Ruang yang menjadi tempat pertemuan harian pelajar tahun yang sama pada masa tertentu di bawah pengawasan guru penasihat yang mengambil kehadiran dan mentadbir urusan lain. |
shoreline | garis pesisir | Sains Marin | Tiada | Garis atau kawasan sempadan tempat pertemuan di antara darat dengan laut. Kawasan ini mempunyai komuniti haiwan dan tumbuhan yang tersendiri yang berlainan daripada komuniti di daratan dan lautan. |
victim-offender mediation | pengantaraan mangsa-pesalah | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Suatu proses pertemuan antara mangsa dengan pesalah bersama dengan pengantara dalam situasi yang selamat dan berstruktur bagi menyelesaikan pertelingkahan. Matlamat pengantaraan ini adalah untuk mencapai perdamaian antara pihak yang terlibat di samping mewujudkan rasa kebertanggungjawaban terhadap kesalahan yang berlaku. Ada kalanya ganti rugi atau pampasan diberikan kepada mangsa. |