Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.te.nga.han] | ڤرتڠهن

Definisi : 1. tempat (titik waktu dll) yg di tengah-tengah atau kira-kira di tengah-tengah: maka pd ~ jalan itu, bertemulah ia dgn suatu sungai; pd ~ tahun tujuh puluhan pd tahun 1975 (mungkin juga pd lewat tahun 1974 atau awal tahun 1976); 2. setengah atau separuh (melakukan sesuatu): hatta sedang ~ bendahara makan, Raja Kedah pun datang; 3. bp sedang: dia ~ makan sekarang; 4. tidak berapa tinggi dan tidak rendah dll, sedang, sederhana: bukit itu ~, tidak terlalu tinggi, tidak terlalu rendah; 5. sama banyak, rata-rata; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.te.nga.han] | ڤرتڠهن

Definisi : 1 tempat dll yg terletak di tengah: Di ~ jalan, mereka telah diserang hendap oleh pengganas komunis. 2 sifat atau keadaan sesuatu yg tidak berapa tinggi dan tidak rendah; sedang; sederhana: golongan ~. 3 sama banyak; rata-rata (ttg barang-barang dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mid-market ratekadar pasaran pertengahanEkonomiTiadaTitik tengah antara harga beli dan jual bagi dua mata wang pada bila-bila masa. Kadar pasaran pertengahan sentiasa berubah disebabkan oleh permintaan dan penawaran mata wang yang sentiasa berubah.
sentimental comedykomedi sentimentalKesusasteraanTiadaBentuk persembahan drama yang memaparkan kehidupan masyarakat kelas pertengahan. Komedi ini amat popular dalam kalangan khalayak kelas pertengahan pada abad ke-18 Eropah. Drama ini merupakan reaksi daripada drama sebelumnya yang mengetengahkan kehidupan yang tidak bermoral masyarakat kelas bangsawan. Untuk tujuan tersebut, tema yang ditonjolkan dalam drama ini berlegar tentang perhubungan lelaki dengan perempuan dengan nilai-nilai murninya, dan secara khususnya memberi penegasan dari aspek emosi dan perasaan. Watak sebagai wira dan wirawati digambarkan sebagai watak yang unggul dan sebagai ganjarannya, mereka akan dibalas dengan kebahagiaan. Contohnya, karya Richard Steele yang berjudul The Conscious Loves. Lihat juga komedi, komedi romantik.
middle classkelas pertengahanSains PolitikPolitik PerbandinganLihat kelas menengah.
midlife crisiskrisis pertengahan usiaSosiologi KeluargaTiada-
medium risebertingkat pertengahanPenilaian Harta TanahTiadaTiada
intermediate stability testingujian kestabilan pertengahanHerbaPeraturan dan PemasaranKajian yang direka bentuk untuk meningkatkan kadar degradasi kimia atau perubahan fizikal bahan atau produk herba.
bourgeoisborjuisEkonomiTiadaSatu kelas pertengahan masyarakat yang terlibat dalam industri yang mengikut Karl Marx, menjadi penindas kepada kelas pekerja (proletariat). Mereka termasuk pedagang, jurubank, pelabur utama, dan usahawan di sektor industri. Golongan ini memainkan peranan penting semasa revolusi industri di Eropah Barat.
renaissancenahdahKesusasteraanTiadaZaman yang muncul selepas zaman pertengahan dalam sejarah Eropah apabila minat terhadap seni dan sastera klasik Yunani dan Latin dibangkitkan semula. Zaman Nahdah dipercayai bermula di Itali pada penghujung kurun ke-14 dan berterusan sehingga kurun ke-16. Pada zaman ini, seni catan, seni bina, arca dan kesusasteraan mencapai tahap kegemilangannya. Zaman ini juga merupakan zaman kecemerlangan kegiatan intelektual, kreativiti serta kemajuan pengetahuan. Antara penulis terkenal pada zaman ini ialah Dante, Petrarch, Machiavelli, Lope de Vega dan Shakespeare. Renaissance dikenali juga sebagai �Zaman Pencerahan�.
dies iraedies iraeMuzikTiadaCanta pada Zaman Pertengahan yang dinyanyikan dalam missa requiem di gereja Katolik. Dies irae berdasarkan puisi Thomas dari Celano pada abad ke-13. Dies irae digunakan oleh komposer sejak abad ke-16 untuk membayangkan idea dramatik dan ngeri. Contohnya, dream of a Witches' Sabbath dalam Symphonie Fantastique (1830) oleh Berlioz.
full moonbulan purnamaPerikananAkuakulturBulan penuh, iaitu pada pertengahan bulan antara 14 – 15 hari bulan dalam kalendar lunar. Pada waktu ini, keseluruhan bulan dapat dilihat dari bumi.
1234567

Kembali ke atas