marine ecosystem | ekosistem marin | Sains Marin | Tiada | Ekosistem akuatik bumi yang paling besar meliputi dua pertiga permukaan bumi. Ekosistem marin merangkumi semua jenis ekosistem di laut, termasuk ekosistem rawang, ekosistem pantai, ekosistem bakau, ekosistem terumbu karang, ekosistem laut dalam dan sebagainya. |
majoritarian system | sistem majoriti | Sains Politik | Politik Perbandingan | Satu bentuk sistem yang mempunyai kaitan dengan sokongan atau pemilihan terbanyak. Sistem ini dapat dilihat semasa proses pilihan raya dan juga dalam soal pemilihan ketua atau pemimpin. Dalam sesebuah negara, parti yang menang besar dalam pilihan raya akan membentuk kerajaan dan seterusnya menjalankan dasar pemerintahan. Pemimpin parti tersebut akan dipilih sebagai ketua kerajaan dengan mendapat sokongan majoriti ahli parlimen. Contohnya, pemimpin parti yang mendapat sokongan dua pertiga ahli parlimen akan menjawat jawatan Perdana Menteri. |
majority votes | undi majoriti | Sains Politik | Politik Perbandingan | Undi terbanyak yang diperoleh oleh seseorang calon atau parti dalam pilihan raya yang memberi mandat kepada calon dan parti tersebut untuk membentuk kerajaan. Undi majoriti ini juga memperlihatkan jumlah dan perbezaan undi yang diperoleh oleh calon dalam pilihan raya. Parti atau pemimpin yang mendapat undi tertinggi akan memenangi pilihan raya dan menguasai kerajaan. Contohnya, Barisan Nasional (BN) mendapat undi lebih dua pertiga dalam pilihan raya Malaysia sejak tahun 1974. |
vote of confidence | undi percaya | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sokongan atau undi yang diberikan oleh ahli dewan perwakilan kepada perdana menteri atau menteri besar dalam sistem demokrasi berparlimen setelah beliau dilantik memegang jawatan tersebut. Perdana menteri atau menteri besar harus mendapat majoriti sokongan atau undi percaya bagi membolehkan mereka dilantik memegang jawatan tersebut. Undi percaya ini boleh dilakukan secara mengangkat tangan atau menggunakan kertas undi. Contohnya, usul undi percaya perdana menteri di Malaysia sering mendapat lebih daripada dua pertiga majoriti. |