taste | cita rasa | Kesusasteraan | Tiada | Pertimbangan terhadap karya sastera yang kritikal dan estetik berdasarkan ciri-ciri kecemerlangan-nya. Dengan maksudnya yang lebih longgar, cita rasa tidak lagi berdasarkan ciri kecemerlangan sastera seperti dahulu, tetapi lebih menjurus kepada kriteria peribadi yang pelbagai atau kriteria yang popular. Dalam banyak hal, nilai cita rasa biasanya ditentukan oleh golongan elit dalam sesuatu masyarakat. |
nursing decision | keputusan kejururawatan | Kejururawatan | Tiada | Pertimbangan kejururawatan yang dibuat untuk mengekalkan atau menyingkirkan sesuatu tindakan bagi mencapai maklumat kesihatan pesakit. |
social aggression | keagresifan sosial | Kejururawatan | Tiada | Tindakan tanpa pertimbangan yang memudaratkan orang lain dan salah di sisi undang-undang bagi pesakit yang mengalami tekanan perasaan. |
underwritting department | jabatan pengunderaitan | insurans | Tiada | Jabatan yang membuat pertimbangan sama ada untuk menerima, menolak atau menerima dengan bersyarat sesuatu risiko. |
semen characteristic | ciri semen | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Asas pertimbangan untuk menentukan nilai semen yang dikumpulkan daripada haiwan jantan. Ciri semen yang dinilai merangkumi isi padu, warna, kemotilan, kepekatan dan keabnormalan morfologi sperma. |
normative economics | ekonomi normatif | Ekonomi | Tiada | Cabang ekonomi yang menggunakan pertimbangan nilai tentang barang dan perkhidmatan yang sepatutnya dikeluarkan supaya memenuhi keperluan masyarakat, bagaimana kaedah pengeluaran sepatutnya dijalankan dengan lebih cekap, dan kepada siapa barang dan perkhidmatan sepatutnya diagihkan supaya perkhidmatan lebih adil dan saksama. Misalnya, ekonomi kebajikan. |
design criteria | kriteria reka bentuk | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Pertimbangan tentang ciri dan sifat sesuatu struktur bangunan atau bandar sesuai dengan fungsi dan matlamat asal. |
nursing process | proses kejururawatan | Kejururawatan | Tiada | Definisi oleh NANDA, iaitu pertimbangan klinikal kejururawatan berkaitan dengan individu, keluarga, atau masyarakat yang memberi respons terhadap masalah kesihatan atau proses kehidupan sama ada sebenar (yang sedang dialami) atau berpotensi (yang berkemungkinan). |
critical thinking | pemikiran kritis | Kejururawatan | Tiada | Pemikiran yang bertujuan membuat pertimbangan berdasarkan imbasan kembali terhadap bukti-bukti bagi memperkukuh rumusan. |
materiality | kematanan | Audit | Tiada | Konsep asas perakaunan yang memerlukan juruaudit membuat pertimbangan profesional bagi tujuan pelaporan penyata kewangan. Konsep kematanan juga ialah penentu yang signifikan terhadap usaha audit dalam menentukan ketepatan tahap salah nyata boleh terima dalam penyediaan penyata kewangan. Kematanan penting bagi memastikan pendapat yang diberikan adalah benar dan saksama terhadap situasi kewangan entiti tersebut. |