shif reagent | reagan anjakan | Kimia | Kimia Analisis | Bahan kimia yang digunakan dalam spektroskopi RMN untuk memisahkan isyarat-isyarat yang bertindih pada spektrum RMN hidrogen (H). Misalnya pertindihan isyarat untuk proton aromatik pada julat 6.5-8.0 ppm. dapat dipisahkan dengan baik apabila reagen anjakan seperti Eu(dpm) ditambahkan. |
shotgun sequencing | penjujukan pecah selerak | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Kaedah menentukan jujukan DNA sesuatu genom organisma. Penjujukan pecah selerak melibatkan pembahagian genom kepada jujukan fragmen-fragmen DNA yang kecil. Perisian komputer tertentu menggunakan pertindihan jujukan DNA tersebut untuk menghasilkan semula jujukan yang betul seperti genom organisma asal. |
genome assembly | penggabungjalinan genom | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Kaedah pembinaan semula jujukan asal genom organisma. Fragmen-fragmen DNA yang terhasil melalui proses pemecahan genom disusun semula untuk menghasilkan kontig-kontig dengan menggunakan perisian komputer. Pertindihan kontig-kontig ini menghasilkan perancah yang mempunyai jurang di antaranya. Seterusnya, jujukan DNA sebenar pada jurang-jurang ini ditentukan menggunakan kaedah pemetaan optikal atau penjujukan DNA. |
quenching | pelindapan | Kimia | Kimia Analisis | Proses pengurangan pendarfluor yang disebabkan oleh pengurangan kecekapan fotopendarcahaya. Ia boleh disebabkan oleh pelanggaran antara atom atau molekul teruja dengan atom atau molekul keadaan asas dan apabila adanya pertindihan antara panjang gelombang pancaran dan panjang gelombang serapan. |
scavenging | pembilasan | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Proses penyingkiran sisa gas ekzos oleh udara bersih atau campuran udara-bahan api yang berlaku dalam enjin dua lejang. Proses ini berlaku pada kedudukan omboh di takat terakhir atas. Ketika ini, pertindihan berlaku iaitu kedua-dua liang pengambilan dan ekzos terbuka. |