Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.tu.ka.ran] | ڤرتوکرن

Definisi : perihal bertukar (mempertukar­kan), pergantian, perubahan, perbuatan, dsb bertukar-tukar (pendapat dsb): sebagaimana mata pelajaran lain, pelajaran senaman juga menghendaki ~ dr satu jenis ke satu jenis yg lain; suasana pertemuan dan ~ pendapat antara para editor; ~ asing wang atau mata wang asing (yg digunakan dlm perniagaan antara negara); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.tu.ka.ran] | ڤرتوکرن

Definisi : perbuatan atau hal bertukar; per­gantian; perubahan: ~ iklim secara mengejut telah menyebabkan ia sakit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mutationmutasiKesenianTiadaPertukaran suara; pertukaran kedudukan - violin.
dirty floatapungan kotorEkonomiTiadaPentadbiran kadar pertukaran yang pada dasarnya membenarkan kadar pertukaran mata wang sesebuah negara terapung atau fleksibel, tetapi pada masa-masa tertentu kerajaan campur tangan untuk mengubah kadar pertukaran untuk mencapai matlamat tertentu. Sebuah negara dikatakan mengamalkan apungan kotor apabila kerajaan negara ini dari semasa ke semasa campur tangan dalam pasaran pertukaran bukan sekadar untuk mengatasi masalah turun naik kadar pertukaran dalam jangka pendek, tetapi untuk tujuan lain, misalnya untuk memastikan mata wang negara tersebut terkurang nilai bagi menggalakkan eksport. Lihat juga apungan terurus.
change in manufacturing sitepertukaran tapak pengilanganHerbaPeraturan dan PemasaranTindakan mengubah premis pengilangan suatu produk berdaftar dari premis asal produk didaftarkan ke premis yang baharu. Menurut Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (CDCR) di Malaysia, kelulusan pertukaran tapak pengilangan untuk produk berdaftar diperoleh daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK). Pemegang pendaftaran dan/atau pengilang adalah bertanggungjawab terhadap kualiti, keberkesanan dan keselamatan produk-produk mereka. Terdapat lima jenis pertukaran tapak pengilangan, iaitu: i. Jenis I: pertukaran tapak premis dalam di negara; ii. Jenis II: pertukaran luar negara ke Malaysia; iii. Jenis III: pertukaran di luar negara; iv. Jenis IV: pertukaran untuk kategori khas produk; dan v. Jenis V: bagi situasi krisis. Jenis ll, lll, IV dan V, memerlukan permohonan pertukaran tapak pengilangan.
joint floatapungan bersamaEkonomiTiadaSistem yang digunakan oleh sekumpulan negara untuk menetapkan kadar pertukaran mata wang sesama mereka. Bagaimanapun kadar pertukaran ini dibenarkan berbeza dalam julat tertentu. Kadar pertukaran mata wang negara kumpulan dengan negara luar dibenarkan fleksibel, dan ditentukan di pasaran pertukaran asing. Sistem ini diamalkan oleh negara-negara Eropah sebaik sahaja sistem Bretton Woods dimansuhkan dalam tahun 1973.
transfer procedureprosedur pertukaranHerbaPeraturan dan PemasaranTatacara pertukaran pemegang pendaftaran produk sedia ada kepada pemegang baharu yang diperoleh daripada pihak berkuasa untuk mendapatkan kebenaran pemasaran produk tersebut. Prosedur pertukaran membolehkan produk mengekalkan nombor pendaftaran yang sama.
rates of exchangekadar pertukaranPelanconganTiadaNilai pertukaran mata wang asing yang mempengaruhi kecenderungan pelancong untuk melawat ke sesuatu destinasi.
conversion valuenilai pertukaraninsuransTiadaNilai yang diwujudkan hasil pertukaran satu keadaan, ciri, bentuk atau penggunaan kepada yang lain.
transfer formborang pertukaranHerbaPeraturan dan PemasaranBorang permohonan rasmi yang diperoleh daripada pihak berkuasa untuk pertukaran nama pemegang pendaftaran produk sedia ada kepada pemegang baharu.
gene flowaliran genSains ForensikTiadaPertukaran gen antara spesies yang berbeza atau antara populasi yang berbeza dalam spesies yang sama. Pertukaran ini juga dikenali sebagai penghijrahan alel gen. Melalui pengujian mtDNA, aliran gen boleh dikesan bagi tujuan menjejak keturunan suatu kaum. Lihat juga mtDNA.
gene flowaliran genSains ForensikTiadaPertukaran gen antara spesies yang berbeza atau antara populasi yang berbeza dalam spesies yang sama. Pertukaran ini juga dikenali sebagai penghijrahan alel gen. Melalui pengujian mtDNA, aliran gen boleh dikesan bagi tujuan menjejak keturunan suatu kaum. Lihat juga mtDNA.
123456789

Kembali ke atas