Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.tum.bu.han] | ڤرتومبوهن

Definisi : perihal tumbuh, perkem-bangan: pokok yg tidak cukup baja dan air akan terbantut ~nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.tum.bu.han] | ڤرتومبوهن

Definisi : perihal atau proses tumbuh (ttg manusia, tumbuh-tumbuhan dan binatang); tumbesaran: Makanan bayi mempengaruhi ~ mental dan fizikalnya. ~ pokok itu terbantut kerana iklim di situ tidak sesuai dgnnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Stranski-Krastanov growthpertumbuhan Stranski-Krastanov (SK)FizikNanoteknologiSatu daripada ragam pertumbuhan filem tipis secara epitaksi pada permukaan hablur yang proses pertumbuhannya melibatkan dua langkah, iaitu pemendapan filem tipis lapis demi lapis sehingga mencapai ketebalan genting diikuti dengan pertumbuhan pulau disebabkan oleh ketakpadanan kekisi. Ketebalan genting bergantung pada sifat fizik dan kimia substrat dan bahan filem, seperti tenaga permukaan dan parameter kekisi. Pertumbuhan Stranski-Krastanov digunakan untuk memfabrikasi bintik kuantum. Sinonim pertumbuhan SK. Lihat juga pertumbuhan Volmer-Weber (VW), pertumbuhan Frank-van der Merwe (FM).
plant growth regulatorpengawal atur pertumbuhan tumbuhanPerikananAkuakulturMolekul yang mempengaruhi perkembangan tumbuh-tumbuhan. Kebiasaanya, pengawal atur pertumbuhan tumbuhan ini sangat aktif pada kepekatan yang sangat rendah. Terdapat dua jenis pengawal atur pertumbuhan tumbuhan, iaitu pengawal atur pertumbuhan tumbuhan semula jadi dan pengawal atur pertumbuhan tumbuhan sintetik.
Volmer-Weber growth (VW)pertumbuhan Volmer-Weber (VW)FizikNanoteknologiSatu pertumbuhan filem tipis di atas substrat dengan cara beberapa lapisan permulaan tumbuh sebagai pulau yang berpusat pada tapak penukleusan. Pulau ini akan membesar sehingga menyentuh antara satu sama lain. Pertumbuhan Volmer-Weber berlaku apabila saling tindakan antara atom jerap lebih kuat berbanding saling tindakan atom jerap dengan permukaan substrat. Filem tipis yang dihasilkan melalui pertumbuhan Volmer-Weber adalah kasar. Pertumbuhan Volmer-Weber digunakan untuk memfabrikasi bintik kuantum. Sinonim pertumbuhan VW.
annual ringcecincin tahunan; gegelang tahunanBiologiTiada1. Salah satu gegelang pertumbuhan, dilihat dalam keratan melintang dikotiledon, menandakan pertumbuhan sekunder dalam masa setahun.,2. Gegelung yang menandakan pertumbuhan pada cangkerang haiwan dwicangkerang.
SK growthpertumbuhan SKFizikNanoteknologiLihat pertumbuhan Stranski-Krastanov (SK).
VW growthpertumbuhan VWFizikNanoteknologiLihat pertumbuhan Volmer-Weber (VW).
proportional shiftanjakan kadaranPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaKaedah mengukur prestasi sesebuah industri melalui komposisi industri terlibat dan bergantung kepada perbezaan antara jumlah kadar pertumbuhan negara dengan kadar pertumbuhan industri tersebut.
urban growthpertumbuhan bandarPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaPertumbuhan atau perkembangan sesebuah bandar dari segi fizikal, sosial, ekonomi, dan fungsi bandar berkenaan.
grain flatira rataKesenianHiasan DalamanKepingan papan atau ira atau lapisan venir yang terhasil daripada kaedah pemotongan pokok yang dibuat secara selari dengan gelung pertumbuhan tahunan. Kesemua gelung pertumbuhan ini akan menghasilkan sudut potongan dengan permukaan kepingan.
growth hackerpemacu pertumbuhanPentadbiran PerniagaanTiadaSeseorang yang tugasnya tertumpu pada strategi yang berkaitan dengan pertumbuhan pesat perniagaan, memperoleh pelanggan baharu dan mengembangkan pendapatannya menggunakan strategi kos rendah.
12345678910...

Kembali ke atas