parasite | parasit | Kejururawatan | Tiada | Organisma yang hidup di permukaan atau di dalam organisma hidup yang lain (perumah) dan memudaratkan perumah. |
nozzle holder | pemegang muncung | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Perumah yang menempatkan muncung dan pegas pelaras tekanan bahan api yang dipasang pada kepala silinder enjin. Tekanan bahan api meningkat di dalam perumah ini sehingga tekanan operasi, sebelum dilepaskan oleh muncung ke dalam kebuk pembakaran. Perumah ini juga merupakan penghubung pada sistem bahan api. |
host | perumah | Perikanan | Akuakultur | Ikan yang dijadikan sebagai tempat tinggal organisma lain seperti parasit atau komensal. Perumah ini menyediakan makanan dan perlindungan kepada organisma yang menumpang. Contohnya, parasit yang hidup di permukaan atau di dalam ikan. |
fan shroud | selubung kipas | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Perumah plastik atau logam yang menutup dan melindungi kipas enjin. Perumah ini membolehkan kipas enjin menarik udara melalui celah sirip radiator dengan lebih efisien dan menghalang berlakunya kitaran semula udara. Selubung kipas dilekatkan terus pada bahagian belakang radiator dan biasanya berbentuk segi empat di bahagian radiator dan bulat di bahagian kipas enjin. |
heterogeneous expression | pengekspresan heterogen | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Pengekspresan gen atau sebahagian daripada gen di dalam organisma perumah yang tidak mempunyai gen atau fragmen gen ini. Kemasukan gen ke dalam perumah ini dilakukan dengan teknologi DNA rekombinan. |
molecular recognition | pengecaman molekul | Fizik | Nanoteknologi | Keupayaan sistem biologi dan kimia mengecam pelbagai molekul dan mengawal atur sifat tertentu yang diperlukan. Dalam kimia, pengecaman molekul berlaku, apabila molekul perumah dapat membentuk suatu kompleks dengan molekul tetamu. Pengecaman dapat dibahagikan kepada pengecaman molekul statik dan pengecaman molekul dinamik. Pengecaman statik merupakan tindak balas antara molekul perumah dengan molekul tetamu, manakala pengecaman molekul dinamik adalah berkaitan dengan keseimbangan tindak balas molekul perumah terhadap pengecaman tersebut. |
antifriction bearing | galas antigeseran | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Galas yang menanggung beban melalui unsur bebola atau jejarum yang diletakkan di antara jurnal, iaitu bahagian hujung aci yang disokong dengan permukaan perumah galas. Unsur ini bertujuan untuk mengurangkan geseran antara jurnal dengan perumah. Geseran ini dapat dikurangkan lagi dengan penggunaan minyak pelincir atau gris yang diletakkan di permukaan unsur tersebut. |
host | perumah/hos | Kejururawatan | Tiada | Organisma yang digunakan oleh parasit sebagai tempat tinggal, sumber makanan dan perlindungan. |
alternative host | perumah selang | Pertanian | Tiada | Tiada |
housing joint | tanggam perumah | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |