Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.run.cit] | ڤرونچيت

Definisi : peniaga secara sedikit-sedikit (terus kpd pengguna), peniaga runcit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.run.cit] | ڤرونچيت

Definisi : peniaga yg menjual secara runcit; peniaga runcit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata peruncit


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
floor plan insuranceinsurans rancangan dasarinsuransTiadaPerlindungan yang dibeli oleh syarikat kewangan ke atas peralatan seperti automobil atau peralatan elektrik yang telah dibiayai untuk seseorang peruncit. Peralatan tersebut adalah dalam simpanan peruncit dan menjadi cagaran untuk pinjaman yang diberikan oleh syarikat kewangan.
outletperuncit; alur keluarKejuruteraanTiadaTitik arus diambil dari sistem pendawaian.
outletperuncit; jalan keluarGeologiTiadaBukaan tempat air mengalir keluar dari reservoir atau sungai.
request-for-credit memomemo permintaan kreditPelanconganTiadaCatatan ringkas daripada peruncit kepada pemborong sebagai permohonan untuk berhutang bagi mendapatkan tiket penerbangan.
retail merchandisingperdagangan runcitPentadbiran PerniagaanTiadaAktiviti penjualan barang dagangan dengan cara peruncit, jenama atau syarikat produk lain menjadikan barang dagangan mereka tersedia di kedai. Perdagangan runcit merangkumi pelaksanaan dan strategi yang meliputi pemilihan produk, penempatan produk, reka bentuk paparan, dan teknik lain. Tujuan perdagangan runcit adalah untuk menggalakkan pelanggan membuat pembelian barangan secara terus dari kedai.
trade discountdiskaun perdaganganEkonomiTiadaPotongan ke atas harga barang yang disenaraikan dalam katalog barang oleh penjual borong atau pembekal kepada peruncit yang dapat membayar hutang lebih cepat daripada tempoh yang ditetapkan. Misalnya, diskaun perdagangan akan diberi jika pembeli boleh membayar dalam tempoh 7 hari bagi suatu pembelian kredit yang diberi tempoh pembayaran selama 30 hari.
purchase taxcukai belianEkonomiTiadaCukai ad valorem yang dikenakan terhadap harga borong barang-barang tertentu yang bukan barang perlu. Cukai belian dibayar oleh pengguna kepada peruncit yang membayar cukai kepada kerajaan. Cukai belian ialah sejenis cukai tak langsung.
wholesalerpemborongHerbaPeraturan dan PemasaranSyarikat yang menjalankan aktiviti jual beli produk secara pukal. Menurut Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik, pemborong harus mempunyai lesen untuk menjual secara borong atau membekal produk berdaftar kepada peruncit.
control of supplykawalan pembekalanHerbaPeraturan dan PemasaranKawalan yang dikenakan ke atas pembekalan produk dan kosmetik herba. Menurut Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (CDCR), seseorang hanya boleh membekal sebarang produk sekiranya produk tersebut ialah produk berdaftar dan memiliki lesen yang bersesuaian dan sah. Kosmetik pula perlu dinotifikasikan, bagi membolehkan kosmetik ini dibekalkan. Namun, peraturan pemilikan lesen tidak tertakluk kepada peruncit untuk membekal sebarang produk.
control of salekawalan penjualanHerbaPeraturan dan PemasaranKawalan yang dikenakan ke atas penjualan produk dan kosmetik herba. Menurut Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (CDCR), seseorang hanya boleh menjual sebarang produk sekiranya produk tersebut ialah produk berdaftar dan memiliki lesen yang bersesuaian dan sah. Kosmetik pula perlu dinotifikasikan, bagi membolehkan kosmetik ini dijual. Namun, peraturan pemilikan lesen tidak tertakluk kepada peruncit untuk menjual sebarang produk.

Kembali ke atas