Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.run.di.ngan] | ڤرونديڠن

Definisi : perbuatan berunding, pem­bicaraan, permesyuaratan, perembukan: ia telah memajukan tuntutannya dlm ~ itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.run.di.ngan] | ڤرونديڠن

Definisi : 1 perbuatan atau hal berunding; perbicaraan. 2 perbuatan atau hal merundingkan; pembicaraan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
runding
Kata Terbitan : berunding, merundingkan, rundingan, perundingan, perunding,

Peribahasa

Jadi teluk ulakan air.

Bermaksud :

Perundingan atau perdebatan yang berputar-putar di situ-situ saja.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
collective bargainingperundingan bersama/perundingan kolektifSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
collective bargainingperundingan kolektifPengurusanPerancanganSuatu proses perundingan antara majikan dengan kumpulan pekerja mengenai peraturan dan isu-isu dalam hubungan pekerja-majikan seperti penggajian, persekitaran kerja, faedah-faedah dalam perkhidmatan dan aspek-aspek lain termasuk pampasan dan hak pekerja. Perundingan ini dijalankan secara formal dalam suasana yang baik bagi mencapai faedah dan kebaikan bersama. Kumpulan pekerja yang lebih formal dan teratur dengan suara yang lebih berpengaruh diwakili oleh kesatuan sekerja. Contoh kesatuan sekerja yang melakukan perundingan kolektif ialah Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE), yang menuntut perlindungan keselamatan yang lebih terjamin semasa mereka menjalankan tugas.
consultative committeejawatankuasa perundinganSejarahTiadaJawatankuasa yang ditubuhkan khusus untuk tujuan perundingan perkara yang penting dalam menyelesaikan masalah antara dua pihak yang bertentangan.
e-consultatione-perundinganTeknologi Maklumate-KesihatanKaedah perbincangan yang dilakukan secara elektronik tanpa bersemuka. E-perundingan membolehkan rekod kesihatan elektronik (EHR) dikongsi antara pesakit dengan pengamal perubatan secara dalam talian. Kaedah ini menjimatkan masa dan kos bagi mendapatkan pandangan daripada pengamal perubatan berkenaan dengan kesihatan dan penyakit seseorang.
delegationpenugasan; perwakilan; delegasi; utusanSejarahTiada1. Perihal mengutus rombongan atau wakil dalam satu perundingan.,2. Rombongan perwakilan ke satu perundingan.
delegatewakil; utusanSejarahTiada1. Perbuatan melantik, mengutus atau mengamanahkan seseorang sebagai wakil atau utusan dalam satu perundingan.,2. Orang yang dilantik, diutus atau diamanahkan sebagai wakil atau utusan dalam satu perundingan.
negotiation skillskemahiran perundinganPentadbiranPentadbiran Awam

Kebolehan dan kecekapan memanfaatkan sebarang perbincangan atau tawar menawar. Kemahiran ini memberikan keuntungan untuk kepentingan dirinya sendiri, individu yang lain atau organisasi yang diwakilinya. Perunding yang cekap akan melahirkan tuntutan yang berkesan dan dalam masa yang sama bijak melindungi kepentingan diri atau organisasi yang diwakilinya. Kemahiran ini sangat penting dimiliki oleh seorang diplomat, jurujual, jururunding, pentadbir dan pemimpin politik. Kelemahan dalam selok-belok perundingan ini boleh menyebabkan kerugian.

account managementpengurusan pelangganKomunikasiKorporatSistem mengurus aktiviti khidmat perundingan yang diberikan kepada pelanggan. Sistem pengurusan ini wujud dalam agensi perhubungan awam dan pengiklanan. Bahagian pengurusan pelanggan bertanggungjawab untuk mengendalikan akaun yang mengandungi senarai aktiviti perhubungan awam atau pengiklanan yang telah dipersetujui oleh pelanggan. Pelanggan bertanggungjawab membayar setiap perkhidmatan yang diperoleh berdasarkan ketetapan yang terdapat dalam kontrak. Tempoh kontrak ditetapkan oleh kedua-dua pihak. Sekiranya pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh agensi, kontrak pada kebiasaannya akan diperbaharui. Contoh aktiviti khidmat perundingan yang dilakukan oleh agensi ialah pengurusan promosi dan publisiti, pengurusan jenama, pengurusan citra dan reputasi, pengurusan acara, dan pelobian. Strategi pengurusan pelanggan melibatkan pelbagai kaedah komunikasi yang sesuai dan mampu meninggalkan kesan yang menyeluruh. Sinonim pengurusan akaun.
negotiationperundingan; rundinganPentadbiranTiadaTiada
negotiationperundingan; rundinganPentadbiranTiadaTiada
123456789

Kembali ke atas