Alat muzik tradisional Cina yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Luo diperbuat daripada perunggu, tidak berbusut serta mempunyai permukaan yang rata. Alat muzik ini berdinding nipis dan bergaris pusat kecil atau sederhana. Luo digantung dan permukaannya dipukul dengan pemukul yang berbalut. Alat muzik ini dimainkan dalam ensembel kecil untuk mengiringi tarian singa dan orkestra Cina moden, iaitu huayue tuan. Selain itu, luo juga merupakan set gong yang terdiri daripada 10 atau lebih biji gong yang digantung pada rak kayu dan dipukul dengan pemukul kayu. Lihat juga yun lo.
Thanks for clicking. That felt good.