Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.run.tu.kan]/[per.un.tu/.kan] | ڤراونتوقن

Definisi : 1. sesuatu yg telah diuntukkan, bahagian atau jumlah (wang dll) yg ditetapkan (ditentukan) utk: Dewan Rakyat telah me-luluskan ~ utk membina rumah-rumah pemulihan akhlak; 2. syarat atau ketentuan (dlm undang-undang dsb): ~ undang-undang utk membataskan poligami. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.run.tu.kan]/[per.un.tu/.kan] | ڤراونتوقن

Definisi : sesuatu yg diuntukkan; bahagian yg disediakan (utk sesuatu): ~ sudah dibuat utk membina surau itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
untuk (kata tugas)
1. Bersinonim dengan bagi: bahagian, habuan, umpuk, hak,

2. Bersinonim dengan guna: buat, bagi, bakal,

3. Bersinonim dengan sebagai: dijadikan sebagai, digunakan sebagai,

4. Bersinonim dengan supaya: agar, moga,

Kata Terbitan : memperuntukkan, peruntukan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
occurrence formbentuk kejadianPentadbiran PerniagaanTiadaPeruntukan liabiliti yang menentukan bahawa perlindungan diberikan kepada semua jenis kecederaan yang berlaku dalam tempoh polisi, tanpa mengambil kira bila tuntutan dibuat. Dahulunya peruntukan ini biasa digunakan bagi insurans amalan salah dan insurer biasanya membayar tuntutan walaupun kerugian telah lama berlaku. Pada masa sekarang peruntukan ini telah diganti dengan peruntukan bila tuntutan dibuat.
budgetperuntukan belanjawanPentadbiranPentadbiran Awam

Sejumlah amaun perbelanjaan yang disediakan untuk sesuatu bahagian, jabatan atau pihak untuk digunakan dalam sesuatu tempoh, biasanya setahun. Peruntukan belanjawan ini diberikan untuk tujuan tertentu terutamanya untuk kepentingan orang ramai atau sektor masyarakat tertentu. Belanjawan negara yang disediakan oleh Menteri Kewangan umpamanya setiap tahun memberi peruntukan kepada berbagai pihak seperti sekolah, universiti, hospital, bomba, tentera, jabatan kebajikan dan sebagainya untuk digunakan bagi menyediakan kemudahan kepada orang ramai.

object clauseperuntukan objekPentadbiranTiadaPeruntukan dalam memorandum kesatuan yang menyenaraikan aktiviti yang boleh dijalankan.
frequency allocationperuntukan frekuensiAeroangkasaTiadaPeruntukan jalur frekuensi tertentu yang dikendalikan oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa.
control provisionperuntukan kawalanPentadbiran PerniagaanTiadaPeruntukan dalam kontrak insurans juvenil yang memberikan kawalan pemilihan untuk jangka masa yang ditetapkan kepada orang lain, selain insured.
standard provisionperuntukan standardPentadbiran PerniagaanTiadaPeruntukan yang ditetapkan oleh undang-undang yang mesti dilampirkan kepada semua kontrak dalam polisi insurans tertentu.
ownership provisionperuntukan pemunyaanPentadbiran PerniagaanTiadaPeruntukan yang menyatakan bahawa polisi insurans hayat boleh dimiliki oleh orang lain selain daripada pihak yang diinsuranskan.
allocation of chargeperuntukan cajPentadbiran PerniagaanTiadaPeruntukan hasil cukai pembahagian yang diperolehi oleh pentadbiran pos tertentu kecuali kes-kes yang ditentukan oleh akta UPU.
uniform provisionperuntukan seragamPentadbiran PerniagaanTiadaSatu set peruntukan yang perlu diikuti mengikut undang-undang sesebuah negeri bagi polisi insurans hayat.
standard debt provisionperuntukan hutang standardPentadbiranTiadaPeruntukan dalam perjanjian hutang jangka panjang tentang kriteria pelaporan dan penyimpanan rekod, serta pentadbiran perniagaan am yang memuaskan.
12345678910...

Kembali ke atas