cost benefit analysis | analisis kos-faedah | Biologi | Ekologi | Penilaian kos suatu perusahaan berbanding dengan faedah atau keuntungan yang didapati daripada perusahaan berkenaan. Jika nisbah kos/faedah adalah kecil , ini bermakna perusahaan tersebut menguntungkan. Kadang kala nilai kos sukar untuk untuk diberi nilai kuantitatif, dan ini mungkin mengakibatkan ralat yang serius bagi analisis tersebut. Misalnya, dalam analisis tentang perusahaan perumahan dan kompleks peranginan di kawasan hutan pergunungan yang penting sebagai kawasan tadahan air, kos yang wujud akibat kerosakan ke atas keseimbangan edaran hidrologi, seperti kawalan hakisan tanah dan banjir yang disebabkan oleh projek tersebut sepatutnya dicampurkkan ke dalam jumlah kos perusahaan tersebut, tetapi tidak dicampurkan kerana nilainya tidak dapat ditentukan secara kuantitatif. |
commercial horticulture | hortikultur komersial | Pertanian | Agroteknologi | Perusahaan menanam tanaman hortikultur seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-bungaan bagi tujuan pemasaran. Perusahaan ini termasuk juga penamanan tanaman di dalam persekitaran terkawal seperti di rumah kaca dan rumah teduhan plastik. Perusahaan ini dilakukan secara intensif dan tidak memerlukan kawasan yang luas. Selain itu, perusahaan semaian untuk menghasilkan benih tanaman dan hasil bahan tanaman kepada pengguna juga termasuk dalam aktiviti hortikultur komersial. |
millinery | perusahaan membuat topi | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Perusahaan membuat atau menjual topi wanita yang mempunyai ribon, renda dan lain-lain. |
bakery | perusahaan reroti; bakeri | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Perusahaan reroti: Perniagaan atau kerja membuat roti. Bakeri: Tempat membuat dan membakar roti termasuk kek dan biskut. |
foreign enterprise | perusahaan asing | Ekonomi | Tiada | Perusahaan yang dimiliki dan biasanya juga dikawal oleh pelabur luar negeri. |
state enterprise | perusahaan negara | Ekonomi | Tiada | Perusahaan yang dimiliki dan diuruskan oleh kerajaan. |
colonial industry | perusahaan penjajah | Geografi | Tiada | Industri/perusahaan yang telah didirikan semasa penjajahan. |
open system industry | perusahaan sistem terbuka | Pentadbiran | Tiada | Perusahaan yang menyeluruh, iaitu memperoleh bahan dari alam sekitar, menukarkan bahan tersebut, kemudian mengeksportnya. |
pastoral industry | perusahaan pastoral | Geografi | Tiada | Kegiatan industri yang terlibat di dalam perusahaan penternakan binatang ragutan. |
industrial forestry | perhutanan perusahaan | Perhutanan | Pengurusan Hutan | Bidang perhutanan yang berkaitan dengan perusahaan untuk kawasan hutan semula jadi untuk tujuan komersial. |