Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.sa.wat] | ڤساوت

Definisi : 1. alat perkakas, jentera, mesin: banyak ~ moden digunakan utk membuat kerja itu; ilmu ~ ilmu mengenai alat jentera (mesin); 2. alat (tali, rantai, bahagian jentera, dsb) yg menggerakkan jentera dsb: jarum alat ini digerakkan oleh ~ tertentu; tali ~ tali utk menggerakkan jentera atau roda; 3. = ~ terbang = ~ udara kapal terbang: ~ PIA; ~ asap (wap) mesin yg dijalankan dgn tenaga wap; ~ capung Id kapal terbang kecil (utk berlatih dsb); ~ jet kapal terbang jet (digerak-kan dgn semburan gas yg terbakar, tidak dgn kipas); ~ peluncur sj kapal terbang yg tidak bermotor (berjentera); ~ pengebom (pem-buang bom, pelempar bom) Id kapal terbang yg digunakan utk menggugurkan bom; ~ pemburu kapal terbang yg dapat bergerak deras (digunakan utk mengejar kapal terbang musuh dll); ~ penempur kapal terbang utk bertempur; ~ pengintai kapal terbang utk mengintai di sesuatu kawasan dll; ~ radio radio (alat) utk menerima siaran radio; ~ telefon alat utk berhubung dgn telefon; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.sa.wat] | ڤساوت

Definisi : ®sawat II. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.sa.wat] | ڤساوت

Definisi : 1 segala jenis alat yg digunakan utk mendapatkan tenaga; mesin; jentera: Air tidak dpt dipam naik kerana ~nya rosak. 2 alat (bahagian dlm jentera dsb) yg menggerakkan atau yg menjalankan jentera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pe.sa.wat] | ڤساوت

Definisi : 1 alat yg digunakan utk mendapatkan tenaga; alat yg menggerakkan jentera; sawat. 2 = ~ terbang (udara) kapal terbang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pesawat


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
early warning aircraftpesawat udara amaran awalAeroangkasaTiadaPesawat udara khas yang boleh memberi amaran awal apabila bersua dengan pesawat udara yang tidak dikenali. Contohnya pesawat udara AWACS. Kepak yang berengsel dan dipisahkan dari sayap oleh alur, yang digunakan untuk meningkatkan daya angkat dan seterusnya mengurangkan laju pegun pesawat udara. Kebolehan pesawat udara melakukan operasi berlepas.
ground coverageperlindungan daratinsuransTiadaInsurans yang boleh diperolehi untuk pesawat udara apabila pesawat berkenaan tidak digunakan untuk penerbangan.
aircraft passengers policypolisi penumpang pesawat udarainsuransTiadaInsurans yang berhubung dengan liabiliti kepada penumpang pesawat udara.
unmanned aerial vehicle (UAV)pesawat tanpa pemanduKejuruteraanTiadaSejenis kenderaan udara yang beroperasi tanpa pemandu yang digunakan untuk pelbagai tujuan seperti pengawasan oleh pihak tentera, polis serta kegunaan domestik lain.
hull and liability policy (air-craft)polisi liabiliti dan kapal (pesawat udara)insuransTiadaPolis yang memberi perlindungan ke atas kerosakan kapal akibat kemalangan. Polisi ini juga melindungi juruterbang daripada didakwa akibat kemalangan tersebut.
detachmentpasukanUmumTiadaSekumpulan tentera, kapal atau pesawat yang dihantar daripada kumpulan yang lebih besar, khususnya untuk melaksanakan tugas-tugas khas.
hangarhangarKejuruteraan AutomotifTiadaTempat membaik pulih pesawat.
elephant walklangkah gajahUmumTiadaPergerakan perlahan-lahan pesawat tentera sebelum berlepas dalam formasi rapat yang bertujuan untuk menunjukkan kekuatan ketenteraan.
hangarhangarAeroangkasaTiadaSebuah bangunan yang boleh menempatkan pesawat udara semasa penyenggaraan dan baik pulih.
root chordrentas pangkalAeroangkasaTiadaRentas di pangkal sayap yang diukur pada satah simetri pesawat udara.
12

Kembali ke atas