Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.so.na] | ڤسونا

Definisi : 1. guna-guna, mantera, sihir: ~, serapah dan pantun hukum diajarkan oleh pawang itu; ilmu ~ ilmu sihir, ilmu guna-guna; kena ~ kena guna-guna (sihir); membuat (mengenakan) ~ kpd mengenakan guna-guna (sihir) kpd; tukang ~ a) tukang (ahli) sihir; b) ark bp pemimpin rakyat (yg kurang jujur); 2. = pesonaan kata-kata jahat utk menyusah­kan (mencelakakan) orang, fitnah: orang yg berhati hasad, dengki serta suka berbuat ~ terhadap orang lain akan menerima balasan Tuhan; fitnah dan ~ sangat menjadi-jadi pd masa itu di kalangan masyarakat kita; segala godaan dan ~ syaitan utk menyesatkan manusia drpd jalan Allah; mempesona memikat (menarik) hati, sangat menarik perhatian: kejelitaannya ~ setiap lelaki yg melihatnya; ia mempunyai suara merdu yg ~; mempesonakan 1. mengenakan pesona (si­hir); 2. mempesona, memikat, menggoda, mengagumkan: lukisan asli alam Pulau Mutiara ~ dia; terpesona 1. kena pesona (jampi), terpukau (oleh jampi-jampi): aku seolah-olah ~ dgn segala ucapannya itu sehingga tidak sepatah pun yg dapat kulahirkan; 2. sangat tergoda (oleh kecantikan gadis dll), sangat terpikat (tertarik) hati: penonton-penonton ~ oleh lagu sayu yg sedang mengalun itu; keterpesonaan keadaan terpesona: kekaguman dan ~ orang lain sahaja tidak cukup jika kita tidak dapat memanfaatkan makna yg tersirat di dalamnya; kepesonaan perihal (keadaan) pesona: pengetahuan jenis ini lahir dan berkembang dgn penuh keghairahan dan ~ sehingga sukar disekat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.so.na] | ڤسونا

Definisi : ubat (jampi, sihir) yg digunakan utk memikat atau utk merosakkan orang: Dia telah mengenakan ~ kpd gadis itu. mempesona 1 mengenakan pesona kpd seseorang; menyihir. 2 menjadikan seseorang berasa terpikat (tergoda, kagum dll): Nyanyiannya telah ~ para penonton. mempesonakan menjadikan sesuatu sbg pesona. terpesona 1 terkena pesona (sihir, jampi, guna-guna); terpukau oleh jampi dll. 2 sangat-sangat terpikat atau tergoda oleh sesuatu: Kami ~ melihat kecantikan gadis itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pesona (kata nama)
Bersinonim dengan mantera, guna-guna, jampi, sihir;,
Kata Terbitan : mempesona, mempesonakan, terpesona,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
human interest storycerita pesona; berita pesonaKomunikasiTiadaTiada
bare charmpesona bogelFizikTiadaTiada
jinglenada pesonaMuzikTiadaLagu atau irama ringkas yang menandakan sesuatu organisasi/produk bertujuan menarik minat atau perhatian penonton.
disenchantmenthilang pesonaKesusasteraanTiadaLenyapnya rasa takjub yang dirangsang oleh imej dan ikon magis, contohnya cermin ajaib dan potret berhantu. Kelenyapan ini berlaku kerana imej dan ikon tersebut mengalami perubahan, sejajar dengan perkembangan tamadun manusia yang berpaksikan kewarasan. Justeru, imej dan ikon tersebut ditafsirkan secara rasional.
personapersonaKesusasteraanTiadaPencerita yang bertindak sebagai jurucakap bagi pihak pengarang. Dalam novel dan puisi naratif, pesona dikenali sebagai pencerita pertama atau pencerita �aku�. Persona juga merujuk kepada �suara� yang dapat didengar dalam puisi. Pencerita mungkin tampil sebagai watak dalam sesebuah karya fiksyen, contohnya watak Marlow dalam novel Heart of Darkness oleh Joseph Conrad. Sebagai pencerita atau jurucakap, pandangan mereka dalam cerita merujuk kepada pendirian dan perspektif pengarang. Dalam drama, persona merujuk kepada Dramatis Personae atau watak yang dilakonkan. Persona berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud �topeng�.

Kembali ke atas