petai | petai | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu Parkia spp. daripada famili Leguminosae. Nama tempatannya di Sabah ialah kupang. Spesies utamanya termasuk Parkia javanica, P. speciosa, dan P. singularis. Gubal kayu petai berwarna putih atau kuning coklat, dan biasanya sangat lebar. Teras kayunya jarang terdapat dan sekiranya ada, biasanya berwarna coklat tua. Tekstur kayunya kasar dan tidak sekata, dengan ira yang lurus dan agak bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 415 hingga 815 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kayu petai sesuai untuk kotak, venir dan papan lapis. Parkia spp. lebih terkenal sebagai pokok yang menghasilkan buah petai. |
leucaena | petai belalang | Veterinar | Tiada | Kekacang yang mempunyai nilai pemakanan yang tinggi, tahan terhadap pemotongan yang kerap, memberi hasil yang tinggi dan sesuai di kawasan yang mengalami taburan hujan yang rendah jika tanahnya subur. Kekacang ini kurang sesuai pada keadaan tanah yang berpasir atau air bertakung. Tanaman ini mempunyai akar tunjang yang panjang, terutamanya di tanah beralkali dan keadaan ini membuatkan ia tahan terhadap keadaan kemarau. Petai belalang ditanam menggunakan biji benih pada jarak 50 cm di antara pokok dan 1 meter di antara baris. Tanaman ini boleh menghasilkan bahan kering sebanyak 15-20 tan/hektar/tahun dengan protein kasar sebanyak 22-24%. Daun petai belalang amat disukai oleh ternakan ruminan. Ragutan yang berlaku di kawasan petai belalang yang bercampur dengan rumput boleh meningkatkan pengeluaran ternakan. Selain itu, petai belalang juga mengandungi mimosin iaitu sejenis racun yang boleh menyebabkan keguguran bulu, kehilangan selera makan, pengeluaran air liur yang berlebihan dan pembesaran kelenjar tiroid |
leucaena (Lucaena leucocephala) | petai belalang (Lucaena leucocephala) | Veterinar | Tiada | Tiada |
penduliflory | penduliflori | Biologi | Ekologi | Berkaitan dengan bunga yang terbentuk di hujung tangkai, yang terjuntai di luar silara pokok, misalnya petai, Parkia speciosa. |
seed treatment | rawatan biji benih | Veterinar | Tiada | Rawatan pada biji benih untuk melelaskannya supaya mudah tumbuh. Biasanya, rawatan ini dilakukan pada biji benih petai belalang (Leucaena leucocephala). Dalam kaedah ini, biji benih direndam di dalam air panas pada suhu 80o C selama 3 minit. Biji benih boleh juga dipotong pada bahagian bawahnya atau digosok pada kertas pasir. Selain itu, biji benih diwasapkan dengan metil bromida untuk mengawal serangan kulat. |
viable | boleh hidup | Biologi | Ekologi | Berkaitan dengan kebolehcambahan bij benih, dan spora. Ada biji benih yang boleh hidup selama beberapa hari, seperti meranti, Shorea spp., berminggu-minggu seperti petai, Parkia speciosa, atau bertahun-tahun seperti sawi, Brassica chinensis. |
pod | lenggai | Pertanian | Agronomi | Buah daripada famili Leguminoseae (kekacang) yang mempunyai kulit keras dan membelah menjadi dua sisi. Lenggai berbentuk panjang dan biasannya terdapat dalam satu jambak. Kulit lenggai berwarna hijau apabila muda dan hitam apabila tua. Contohnya, buah petai atau kacang tanah terdiri dari beberapa biji pada satu lenggai. Ada kulit lenggai yang boleh dimakan seperti kacang panjang, kacang buncis dan kacang kelisa. |
supplementary protein | protein tambahan | Veterinar | Tiada | Protein yang diberi kepada ternakan yang kekurangan nutrien tersebut dan tidak dapat membesar dengan baik. Bahan ini boleh didapati daripada sumber-sumber berasaskan produk haiwan seperti mil ikan dan mil darah; hasil tumbuh-tumbuhan seperti mil bijian berminyak, petai belalang dan kenaf; sumber nitrogen bukan protein seperti urea dan najis ayam; dan mikroorganisma seperti yis dan protein sel tunggal. Bahan ini biasanya mengandungi protein kasar melebihi 20%. |
supplementary protein | protein pelengkap | Veterinar | Tiada | Protein yang dibekalkan kepada ternakan untuk memenuhi keperluan protein harian dalam situasi tertentu. Protein ini perlu diberikan sekiranya ternakan mendapat protein berkualiti rendah, diserang penyakit atau semasa ternakan mengalami tekanan. Selain itu, protein pelengkap juga diberi kepada ternakan untuk menggalakkan pertumbuhan dengan lebih cepat, merangsang pengeluaran susu atau semasa ternakan berada di peringkat akhir bunting. Antara sumber protein yang biasa diberikan ialah mil ikan, mil kacang soya dan konsentrat protein. Sumber protein pelengkap yang berasaskan tumbuhan pula antaranya ialah kekacang seperti petai belalang, glirisidia, kenaf dan mulberi. Walau bagaimanapun, sumber bukan protein seperti urea juga boleh dibekalkan kepada ternakan ruminan pada kadar antara 0.5% hingga 1%. |