sp hybridization | penghibridan sp | Fizik | Nanoteknologi | Satu daripada proses pembentukan ikatan kimia dalam atom karbon C, dan juga beberapa atom lain. Dalam proses ini, atom C memindahkan satu elektron dari petala 2s ke dalam orbitan 2p yang kosong, dan seterusnya menggabungkan baki satu elektron pada petala 2s dengan satu elektron pada orbitan 2p atom lain. |
atomic physics | fizik atom | Kejuruteraan | Tiada | Ilmu fizik tentang petala elektron. |
atomic physics | fizik atom | Matematik | Tiada | Ilmu fizik tentang petala elektron. |
atomic physics | fizik atom | Fizik | Tiada | Ilmu fizik tentang petala elektron. |
magic number | nombor ajaib | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Bilangan proton atau neutron dalam petala penuh nukleus. Nombor ajaib ialah 2, 8, 20, 28, 50, 82 dan 126. |
acceptor | penerima | Fizik | Nanoteknologi | Unsur atom kumpulan III, seperti Al dan Ga yang mempunyai tiga elektron dalam petala valensi dan mengambil tempat atom Si dalam hablur semikonduktor Si. Oleh sebab atom penerima ini memerlukan empat elektron valens untuk mengikat dengan atom Si jiran terdekat dalam tetrahedron, atom ini menerima satu elektron daripada jalur valens Si dan meninggalkan satu lohong pada bahagian atas jalur ini. Kewujudan lohong ini dapat mengubah sifat elektronik bahan semikonduktor Si, seperti peningkatan kekonduksian elektrik. |
electronic magic number | nombor ajaib elektron | Fizik | Nanoteknologi | Angka 2, 10, 18, 36, 54, dan 86, yang sepadan dengan jumlah nombor elektron dalam petala elektron yang penuh. Unsur kimia yang mempunyai nombor atom yang sama dengan salah satu nombor ajaib ini, biasanya berada pada keadaan stabil secara kimia. |
jampi | jampi | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang dibaca bagi mengubat seseorang yang sedang sakit terutama dalam konteks masyarakat tradisional. Lazimnya jampi ataupun mantera ini digunakan atau dibacakan oleh seorang bomoh awu dukun. Ada kalanya jampi atau mantera ini juga dibacakan kepada sesuatu objek seperti keris, tombak dan lembing kerana dipercayai benda-benda ini mengandungi unsur-unsur sakti. Contohnya, jampi "Penawar Bisa" dalam Warna Sari Sastera Melayu Tradisional.Bismillahi 'L-rahman 'I-Rahim, Kayu medang, kayu patani. Tumbuh di padang merbani, Akar terhunjam tujuh petala bumi, Pucuk tersandar ke angkasa; Tuan puteri dari angkasa, Membawa tawar sekalian yang bisa, Ipuh putih menawar ipuh merah, |