Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : waktu selepas tengah hari (mulai dr matahari turun hingga matahari masuk), sore, lwn pagi: matahari terbit lebih kurang pd pukul 6 pagi dan masuk lebih kurang pd pukul 6 ~; hari sudah ~; ~ esok waktu petang pd hari esoknya; ~ semalam waktu petang pd hari semalam; besok ~ a) petang esok; b) = besok ~nya petang yg berikutnya; ~ Sabtu malam Ahad Sabtu malamnya sebelum Ahad; sepetang-petangan selama (seluruh) waktu petang, sepetang suntuk; memetang-metangkan; ~ hari Mn memĀ­buang-buang masa dgn berbual-bual dll; kepetangan mengalami (menempuh) petang, kena petang; pemetang-metangkan; ~ hari Mn perinĀ­tang-perintang masa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
petang (kata nama)
Bersinonim dengan sore, matahari turun;,
Kata Terbitan : sepetangan, sepetang-petangan,

Puisi
 

Petang-petang menjolok manggis,
     Manggis jatuh pecah empat;
Petang-petang tunduk menangis,
     Macam burung mencari tempat.


Lihat selanjutnya...(81)
Peribahasa

Seperti ayam makan rumput.

Bermaksud :

Hidup melarat: kerja pagi-pagi untuk makan pagi, kerja petang untuk makan petang. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti ayam: kais pagi makan pagi, kais petang makan petang).

 

Lihat selanjutnya...(13)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
evening walkjejak petangUmumTiadaAktiviti berjalan-jalan atau bersiar-siar pada waktu petang di kawasan tertentu untuk menikmati keindahan pemandangan.
closet dramadrama bacaanKesusasteraanTiadaDrama yang biasanya berbentuk puisi yang lebih sesuai dibaca daripada dilakonkan di pentas. Biasanya, drama bacaan dibaca untuk kelompok penonton kecil dan khas, terutamanya di ruang tamu. Contohnya, drama Samson Agonistes oleh Milton dan Pippa Passes oleh Browning. Contoh sastera Nusantara ialah Jalan Mutiara oleh Sitor Situmorang (1954) dan Petang di Taman oleh Iwan Simatupang (1966). Dalam Kesusasteraan Arab, contoh drama bacaan ialah Masrahiyat Muhammad oleh tawfiq al-Hakim. Drama bacaan dikenali juga dengan nama drama bilik tamu.

Kembali ke atas