occasional poetry | puisi peristiwa | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang berdasarkan kepada sesuatu peristiwa yang menonjolkan sesuatu isu, pemikiran dan tema. Contohnya, peristiwa rampasan tanah petani-petani di Teluk Gong telah memberi ilham kepada beberapa orang penyair tanah air untuk mencipta puisi daripada peristiwa itu. Akhirnya lahirlah antologi Teluk Gong. |
peasant league | liga petani | Sejarah | Tiada | Kumpulan atau golongan petani yang bersatu di bawah satu kesatuan untuk menentang sebarang keganasan terhadap golongan petani. |
peasant-owner | petani pemilik | Sejarah | Tiada | Orang yang menjadi pemilik tanah atau penyewa tanah kepada golongan petani. |
kulak | kulak | Sains Politik | Politik Perbandingan | Golongan petani kaya yang menguasai perkembangan ekonomi luar bandar pada abad ke-19 di Rusia. Mereka memiliki tanah yang luas dan mengupah petani lain bagi mengerjakan tanah mereka dengan upah yang rendah. Tindakan ini menyebabkan kedudukan mereka dikritik hebat sebagai pemeras, terutamanya oleh parti komunis Rusia pada waktu itu. Selain menjadi tuan tanah, mereka juga menjadi sumber kepada petani bawahan meminjam wang, meminta kerja dan berbagai-bagai bentuk bantuan lain sehingga mereka menjadi golongan penting dalam masyarakat tani Rusia. Keadaan ini tidak banyak berbeza dengan hazienda di Amerika Latin dan zamindar di India. |
contract farming | perladangan kontrak | Pertanian | Agroteknologi | Sistem pengeluaran pertanian yang melibatkan perjanjian antara petani atau pengeluar hasil pertanian dengan pembeli hasil pertanian. Pembeli menyatakan syarat-syarat yang perlu diikuti oleh petani seperti penggunaan benih dan kualiti hasil, dan berjanji membeli hasil dengan harga yang ditetapkan jika syarat dipenuhi. Satu contoh perladangan kontrak ialah syarikat Nestle yang membuat perjanjian dengan pengeluar cili supaya cili yang berkualiti dapat diperoleh oleh syarikat itu untuk perusahaan sos cili. Syarikat akan membekalkan benih dan input lain dan berjanji untuk membeli hasil dengan harga yang ditetapkan jika memenuhi spesifikasi. Kaedah perladangan kontrak memberi jaminan pasaran kepada petani yang juga tidak perlu mengeluarkan modal sendiri. |
agrarian movement | Gerakan agraria | Sains Politik | Politik Perbandingan | Gerakan sosial yang dipelopori oleh kelas petani dalam sesebuah masyarakat. Gerakan ini dibentuk untuk membela nasib golongan petani yang ditindas oleh golongan tuan tanah atau golongan feudal. Gerakan ini amat popular pada pertengahan abad ke-20 di Amerika Latin, Afrika dan Asia seperti di China. Pada tahun 1935, gerakan agraria yang muncul di Amerika Latin adalah untuk menuntut supaya golongan tuan tanah dan pihak pemerintah menaikkan kadar upah di ladang serta memberi hak milik tanah kepada mereka. |
peasant | petani | Geografi | Tiada | Tiada |
farmer | petani; pekebun; peladang | Geografi | Tiada | Tiada |
agriculturist | petani; ahli pertanian | Geografi | Tiada | Tiada |
farmer | petani; pekebun; peladang | Pertanian | Tiada | Tiada |