Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ti] | ڤتي

Definisi : sj kotak yg besar dan bertutup (dibuat drpd kayu dll); ~ besi peti yg kukuh drpd besi tempat menyim­pan barang-barang berharga; ~ gewang sj peti yg dihiasai dgn intan permata (mutiara dll); ~ jenazah (mati, mayat) peti utk menanam orang mati, keranda; ~ (me)nyanyi = ~ bicara (ngomong) bp mesin bicara, gramofon; ~ pekak = ~ wang peti (tabung) tempat menyim­pan wang; ~ radio radio; ~ sejuk = ~ ais (air batu) peti penyejuk utk menyimpan sayur­-sayuran (ikan dll) supaya tahan lama dll; ~ suara bahagian kerongkong tempat menge­luarkan suara; ~ surat peti (kotak) tempat surat (bernombor dan ditempatkan di pejabat pos); ~ undi peti berkunci dan bermeterai tempat para pengundi memasukkan kertas undi setelah memangkah calon pilihan masing­-masing dlm sesuatu pilihan raya dll; berpeti-peti beberapa buah peti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ti] | ڤتي

Definisi : ; ikan ~ sj ikan laut, Ostracon spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ti] | ڤتي

Definisi : kotak bertutup yg dibuat drpd besi atau kayu. ~ besi peti drpd besi biasanya tempat menyimpan wang. ~ mati a. tempat menyimpan duit yg sukar hendak dikeluarkan duitnya. b. = ~ jenazah (mayat) peti panjang tempat meletakkan jenazah. ~ nyanyi mesin tempat memainkan piring-piring hitam. ~ sejuk (ais, air batu) alat penyejuk tempat menyimpan makanan dan minuman supaya tahan lama dll. ~ suara bahagian dlm kerongkong tempat mengeluarkan suara. ~ surat a. peti bernombor di pejabat pos tempat menerima surat dll. b. peti tempat memasukkan surat dsb yg hendak dikirim. ~ undi peti yg berkunci dan dimeterai, tempat para pengundi memasukkan kertas undi setelah mengundi dlm sesuatu pilihan raya dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
peti (kata nama)
Bersinonim dengan pak, tong, banian, cerakin, kopek, canda peti, kendaga, pendaga, bangking.,

Puisi
 

Kinabalu bertangga peti,
     Ambil gemala di mulut naga;
Kalau sudah paksa di hati,
     Mahal murah baik harga.


Lihat selanjutnya...(59)
Peribahasa

Jadi dinding lasak peti manian.

Bermaksud :

Orang yang menjadi harapan raja atau orang besar-besar. lasak = masuk, muat, isi; peti manian = tempat simpanan pakaian dan barang-barang yang berharga.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
safe burglary insuranceinsurans kecurian peti besiinsuransTiadaPolisi yang memberikan perlindungan ke atas kehilangan harta yang disimpan dalam peti besi dengan cara lain selain menggunakan kunci.
safety deposit box insuranceinsurans peti deposit keselamataninsuransTiadaPolisi yang memberikan perlindungan ke atas kehilangan harta yang tersimpan dalam peti deposit keselamatan bank.
kidnapping coverageperlindungan penculikaninsuransTiadaPerlindungan terhadap seseorang yang diculik di luar perkarangan yang diinsuranskan dan dipaksa kembali dan membuka bangunan tersebut atau membuka peti besi yang terdapat di dalamnya atau memberi maklumat yang membolehkan penculik tersebut berbuat demikian. Perlindungan ini juga ditawarkan di bawah polisi jenayah seperti insurans kecurian stok terbuka merkantil atau polisi komprehensif 3-K.
extract bankbank ekstrakHerbaPemiawaianSatu sistem penyimpanan ekstrak herba bagi memudahkan pencarian dan mengekalkan kualiti ekstrak daripada kerosakan. Contohnya, bank ekstrak di makmal fitokimia menyediakan peti penyimpanan sejuk yang telah dilabelkan mengikut abjad.
e-wastee-buangan/e-sisaAlam SekitarTiadaBuangan barangan elektrik dan elektronik yang telah rosak, tidak berfungsi atau usang seperti telefon bimbit, komputer, televisyen, mesin basuh, peti sejuk dan pendingin hawa secara berjadual di bawah Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Alam Sekitar.
tangible goodsbarang ketaraEkonomiTiadaBarang yang ada bentuk fizikal, yang dapat dilihat dan dirasa. Misalnya, getah, kelapa sawit, dan timah. Barang ketara terbahagi kepada barang tahan lama, seperti peti sejuk dan kereta, dan barang tak tahan lama, seperti makanan.
compound bankbank sebatianHerbaPemiawaianSatu sistem penyimpanan sebatian tulen ekstrak herba bagi memudahkan pencarian dan mengekalkan kualiti sebatian tersebut daripada kerosakan. Contohnya, bank sebatian di makmal fitokimia menyediakan peti desikator yang dilabelkan mengikut abjad.
Egyptian stylegaya MesirKesenianHiasan DalamanGaya perabot yang diperkenalkan pada zaman Mesir purba dari tahun 4000 SM hingga 300 M, yang berasaskan bentuk-bentuk piramid, batu obelisk, monolit, pilon dan tiang teratai. Bentuk perabot ini mengandungi peti, meja, kerusi lipat dan bangku berkaki silang serta tempat duduk yang diperbuat daripada kulit. Motif yang biasa digunakan adalah seperti cakera solar, sfinks, kambing gurun, mensiang, lili atau bakong.
literal imagecitra harfiahKesusasteraanPuisiPenggambaran atau pelukisan sesuatu sama ada objek ataupun tokoh secara langsung tanpa menggunakan lambang. Justeru segala diksi, frasa dan kalimat yang dibentuk oleh pengarang adalah merujuk kepada kenyataannya, bukan makna di sebaliknya. Contohnya, Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji di atas peti; Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati.
crossed rhymerima silangKesusasteraanPuisiRima akhir pada bait atau rangkap yang mempunyai baris genap seperti pantun empat kerat. Perkataan akhir dalam baris pertama rimanya sama dengan rima pada perkataan akhir baris ketiga. Seterusnya rima pada perkataan akhir dalam baris kedua sama dengan rima pada perkataan akhir dalam baris keempat ab a b. Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji di atas peti; Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati.
12

Kembali ke atas