Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ti/] | ڤتيق

Definisi : ; memetik 1. mengambil (buah, bunga, pucuk, dll) drpd tangkainya: telah sudah bermain-main itu, lalu ia pun pergi pula ~ bunga mengarang kuntum; buah-buahan itu dipetik dan kemudian dibawa dgn lori ke kilang-kilang; 2. mengambil atau menyalin sebahagian drpd isi buku (karangan dll), me­nukil: dlm ucapan dan syair orang Arab banyak menggunakan kalimat-kalimat dan perbandingan-perbandingan kata yg dipetik drpd Quran; 3. bermain gitar (kecapi dll) dgn menggamit talinya: ia bernyanyi sambil ~ gitar; 4. menarik picu senapang dll dgn jari, menarik tali panah dgn jari; 5. merapat­kan dan menggesekkan ibu jari dgn jari lain supaya mengeluarkan bunyi: barangkali inilah kunci rahsia itu, Lebai Dusin menjegil-jegilkan mata dan ~ jari dgn riang; 6. me­nekan (memusing) suis lampu dll yg meng­gunakan kuasa elektrik: dia membuka tingkap, ~ kipas angin dan ~ lampu kerana bilik itu agak muram sedikit; 7. memilin atau memintal misai dgn menggunakan dua jari; 8. menghisap rokok dll dgn menyelitkan rokok itu di antara dua jari; ~ bola melompat sambil menangkap (memu­kul) bola; ~ hasil mengutip hasil; memetiki memetik berulang-ulang; memetikkan memetik utk orang; terpetik telah dipetik, tergamit, terkutip, terpintal, tertekan; petikan 1. hasil (pendapatan) memetik; 2. = pemetik picu senapang dll; 3. = pemetik suis lampu elektrik; 4. kutipan, nukilan; ~ api alat utk memasang rokok; pemetikan perbuatan memetik; pemetik 1. orang yg memetik; 2. petikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ti/] | ڤتيق

Definisi : ; memetik 1 mengambil buah (bunga dll) dgn mematahkan tangkainya. 2 bermain gitar (kecapi dll) dgn menggerak-gerakkan talinya dgn jari. 3 menekan suis (suis lampu dll). 4 mengambil (menyalin) sebahagian drpd sesuatu karangan dll; mengutip: Dia ~ beberapa ayat Quran utk menguatkan hujahnya. 5 menarik picu senapang dgn jari. memetikkan memetik utk orang lain. petikan hasil drpd memetik; sesuatu yg dipetik: ~ itu diambil dr surat khabar. pemetik 1 orang yg memetik: ~ daun teh. 2 benda yg dipetik ketika menembak dll; picu. 3 suis lampu dll: ~ api alat utk memasang api rokok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
petik
Kata Terbitan : memetik, petikan, pemetik,

Puisi
 

Petik kelapa kebun Cik Daud,
     Petik mari pagi hari;
Berapa kencang angin di laut,
     Ditiup angin karam sendiri.


Lihat selanjutnya...(17)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
quotepetikKesusasteraanTiadaMengutip sebahagian dari karangan.
english fluteflut englishKesenianTiadaAlat tiup aerofon bebas yang mempunyai lubang petik yang ditiup secara menegak. Sinonim dengan istilah recorder.

Kembali ke atas