air-mass thunderstorm | ribut petir jisim udara | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Ribut petir yang terbentuk disebabkan oleh olakan jisim udara, biasanya akibat pemanasan dibahagian bawah jisim udara. Ribut petir jenis ini merupakan bentuk hujan curah jisim udara yang melampau. |
thunderstorm | ribut petir | Sains | Hidrometeorologi | Ribut tempatan yang dihasilkan oleh awan kumulonimbus. Ribut ini selalunya disertai kilat dan guruh, serta angin yang kuat, hujan yang lebat dan kadang kala hujan batu. Ribut ini selalunya berlaku dalam jangka masa yang pendek, jarang-jarang melebihi dua jam. Ribut petir merupakan hasil ketakstabilan atmosfera dan terdiri daripada lapisan udara terbalik untuk mencapai penstrataan ketumpatan yang lebih stabil. Olakan kencang merupakan ciri ribut petir pada awal fasa kejadiannya. Angin kencang yang menurun dalam suatu turus kerpasan menandakan tahap kelesapan. Ribut petir bertiup sehingga 40 000 � 50 000 kaki di latitud tengah dan hingga ke ketinggian yang lebih di kawasan tropika. Hanya kestabilan stratosfera bahagian bawah yang mengehadkan perkembangan ribut ke atas. Kualiti unik ribut petir ialah kegiatan elektrik yang menonjol. Kajian berkenaan dengan elektrik ribut petir termasuk bukan sahaja fenomena kilat tetapi kesemua kekompleksan pemisahan cas ribut petir dan semua taburan cas dalam lingkungan pen |
thunderstorm | ribut petir | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Ribut tempatan yang dihasilkan oleh awan kumulonimbus. Ribut ini selalunya disertai kilat dan guruh, serta angin yang kuat, hujan yang lebat dan kadangkala hujan batu. Ribut ini selalunya berlaku dalam jangka masa yang pendek, jarang-jarang melebihi dua jam. Ribut petir merupakan hasil ketakstabilan atmosfera dan terdiri daripada lapisan udara terbalik untuk mencapai penstrataan ketumpatan yang lebih stabil. Arus olakan menaik yang kuat merupakan ciri ribut petir pada awal fasa kejadiannya. Arus menurun yang kuat dalam suatu turus kerpasan menandakan tahap kelesapan. Ribut petir terbentuk sehingga 40 000 kaki hingga 50 000 kaki tinggi di latitud tengah dan lebih tinggi di kawasan tropika. Kestabilan stratosfera bahagian bawah mengehadkan pengembangan ribut ke atas. Keunikan ribut petir ialah kegiatan elektriknya yang menonjol. Kajian berkenaan dengan elektrik ribut petir termasuk bukan sahaja fenomena kilat tetapi kesemua kekompleksan pemisahan cas ribut petir dan semua taburan cas dalam lingkungan pengaruh r |
prefrontal thunderstorm | ribut petir praperenggan | Geografi | Tiada | Ribut petir yang berlaku pada garisan praperenggan bila sektor panas sebuah gelombang siklon mendahului lebih kurang 50 - 100 batu di hadapan perenggan sejuk. |
frontal thunderstorm | ribut petir perenggan | Geografi | Tiada | Ribut petir yang berlaku semasa laluan perenggan panas dalam sebuah sistem tekanan rendah. |
convective thunderstorm | ribut petir perolakan | Geografi | Tiada | Ribut petir yang terbentuk akibat kenaikan sel-sel pemeluwapan yang menghasilkan drauf-drauf naik yang sangat kuat. |
frontal thunderstorm | ribut petir perenggan | Geologi | Tiada | Ribut petir yang berlaku semasa laluan perenggan panas dalam sebuah sistem tekanan rendah. |
advective thunderstorm | ribut petir alir lintang | Sains | Hidrometeorologi | Ribut petir yang disebabkan oleh ketakstabilan statik yang dihasilkan oleh alir lintang udara yang agak sejuk di aras tinggi atau udara yang agak panas di aras rendah atau gabungan kedua-duanya. |
high-level thunderstorm | ribut petir aras tinggi | Sains | Hidrometeorologi | Ribut petir yang berpunca di altitud agak tinggi di atmosfera, kira-kira 8000 kaki atau lebih. Ribut ini terbentuk paling nyata di wilayah gersang dan selalunya, kerpasannya tersejat sebelum sampai ke permukaan bumi. |
cold-front thunderstorm | ribut petir perenggan sejuk | Sains | Hidrometeorologi | Ribut petir yang berkaitan dengan perenggan sejuk. |