Kumpulan individu dalam organisasi yang dilantik secara sah dan diberikan amanah serta tanggungjawab untuk menyempurnakan sesuatu tugas dalam sesuatu jangkamasa yang ditetapkan. Pasukan petugas biasanya bertindak mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh seorang ketua yang memantau perjalanan sesuatu perkara atau projek sehingga selesai. Biasanya pasukan petugas ini dilantik untuk menyelidik dan mengenalpasti matlamat sesuatu perkara atau projek yang hendak dilaksanakan sebelum ianya diputuskan. Sebagai contoh, pasukan petugas yang ditubuhkan untuk memperkukuh kualiti pentadbiran organisasi yang lebih dikenali sebagai KMK (Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja).
Thanks for clicking. That felt good.