Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.wa.ris] | ڤواريث

Definisi : orang (pihak) yg mewarisi, waris: kita adalah ~ kebudayaan yg terkaya dlm dunia; ~ ilmu Yunani; beliau muncul sbg ~ jawatan Perdana Menteri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.wa.ris] | ڤواريث

Definisi : orang yg mewarisi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
waris (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
1. Bersinonim dengan penama: penerima harta, penerima pusaka, anggota keluarga, darah daging, adik-beradik, sanak saudara, kemanakan,

2. Bersinonim dengan penjaga: pengasuh, penyelenggara, pemelihara,

Kata Terbitan : mewarisi, mewariskan, warisan, pewaris,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
inheritancepewarisPenternakanGenetik dan PembiakbakaanCiri genetik yang boleh diwarisi. Pewaris daripada leluhur diturunkan kepada anak.
life annuityanuiti hayatEkonomiTiadaAnuiti yang dibayar kepada pewaris sepanjang masa hidupnya. Pembayaran tersebut akan terhenti apabila pewaris itu meninggal dunia.
symbolsimbolKesusasteraanTiadaSuatu objek, hidupan atau benda yang mewakili atau mengambil tempat sesuatu yang lain. Simbol berbeza dengan tanda alegorikal kerana simbol mempunyai kewujudan sebenar, sedangkan tanda elegorikal tidak berasaskan pertimbangan yang tertentu atau teliti (arbitrari). Tindakan dan gesture juga boleh disimbolkan. Sesuatu simbol sastera berimej dengan konsep, iaitu perkataan itu sendiri menjadi simbol. Simbol boleh berbentuk awam atau peribadi, universal atau setempat. Penggunaan simbol dalam karya sastera telah memunculkan gerakan simbolisme yang mula berkembang di Perancis pada abad ke-18. Gerakan simbolisme ini membantu perjuangan romantisme melawan realisme. Gerakan ini menekankan penggunaan imejan yang konkrit untuk mengungkapkan perasaan atau gagasan yang mujarad. Pewaris gerakan simbolisme di luar Perancis ialah W.B. Yeats dan T.S. Eliot (England dan Amerika), serta Rainer Maria Rilke dan Stefan George (Jerman). Idea simbolisme Perancis turut diambil oleh penulis Rusia seperti Byusov, Volynsky dan Bely. Simbol berasal daripada perkataan Yunani syamballein yang bermaksud �mencampakkan bersama-sama� dan kata nama simbolon yang bermaksud �tanda�, �lambang� atau �token�.

Kembali ke atas