polygenic inheritance | pewarisan poligenik | Biologi | Tiada | lih. pewarisan kuantitatif. |
inheritance fraud | penipuan pewarisan | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Jenayah yang melibatkan penipuan berkaitan dengan pewarisan seperti hak terhadap harta pusaka, kewangan dan identiti waris. |
heredity | pewarisan | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Penurunan ciri genetik daripada ibu bapa kepada anak. Ciri yang diwariskan terletak dalam DNA sperma dan ovum serta diwariskan semasa berlaku persenyawaan. |
epistasis | epistasis | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Bentuk pewarisan bukan Mendelian apabila satu alel bagi satu gen boleh mengganggu pengekspresan alel yang satu lagi. Fenomena interaksi antara alel-alel ini memberi kesan kepada fenotip. Terdapat tujuh jenis interaksi, iaitu dominan, resesif, perencatan dominan, dominan resesif, interaksi gen polimorfik, dominan pendua dan resesif pendua. |
cytogenetics | sitogenetik | Biologi | Tiada | Kajian tentang pewarisan sel dan kromosomnya. |
paternal epigenome | epigenom paternal | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Pewarisan epigenetik sebelah bapa yang membabitkan perubahan kimia pada DNA dan protein histon organisma, yang mengakibatkan perubahan pada struktur kromatin dan fungsi genom. |
microsatellite analysis | analisis mikrosatelit | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Kaedah untuk mengenal pasti pewarisan gen berdasarkan DNA mikrosatelit. Kaedah ini diaplikasikan dalam bidang sains forensik. Contohnya untuk mengenal pasti penjenayah atau penentuan ibu bapa. Lihat juga DNA mikrosatelit. |
incomplete dominance | dominan tak lengkap | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Suatu bentuk pewarisan pertengahan bagi haiwan yang mempunyai alel dominan dan resesif (heterozigus). Dalam dominan tak lengkap, salah satu alel tidak akan memberikan kesan fenotip dengan menyingkirkan kesan alel yang kedua, tetapi kesan fenotip yang terhasil ialah percampuran kedua-dua alel tersebut. |
Lamarckism | Lamarckisme | Geologi | Tiada | Teori yang menyatakan bahawa evolusi organik berlaku menerusi pewarisan pengubahsuaian yang disebabkan oleh persekitaran, dan oleh kesan penggunaan dan penyahgunaan organ. |
genomic imprinting | peneraan genomik | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Fenomena epigenetik yang merujuk pada pengekspresan gen yang bergantung pada pewarisan induk. Peneraan genomik memberi kesan langsung kepada fenotip. Pelbagai jenis peneraan genomik dapat ditemui di dalam fungi, tumbuhan dan haiwan. |